• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM, NGO Bincang Isu Pemerdagangan Orang

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan pertemuan setiap tiga ke empat bulan sekali bagi menangani isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pertemuan pertama yang diadakan hari ini bersama 12 NGO, telah membincangkan isu berkaitan pemerdagangan orang selain mengetengahkan idea dan solusi.

“Antara NGO yang terlibat seperti Majlis Peguam Malaysia dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) hadir bagi memberi pandangan dan maklumat serta penambahbaikan yang boleh dipraktikkan oleh PDRM.

“Sesi pertemuan ini turut membincangkan siapa yang bertanggungjawab tentang isu ini, selain memberitahu pihak NGO kepada siapa yang patut mereka hubungi jika terdapat sebarang maklumat atau isu berkaitan,” katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan NGO di Bukit Aman, hari ini.

Katanya antara lain, pertemuan yang diadakan ini juga akan mengeratkan hubungan PDRM dengan NGO, selain perlu diadakan pada setiap peringkat negeri.

Noor Rashid berkata PDRM telah menyelesaikan 410 kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran tahun lepas serta kira-kira 60 kes bagi tahun ini setakat Februari lalu. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

12/10/2026
0

GERIK - Seorang anak muda dari Kampung Bandariang, Gerik, Perak yang sanggup bekerja di kilang demi mengumpul wang untuk melanjutkan...

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd