• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pameran Legenda Sudirman Di Perpustakaan UM

oleh
04/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA merancang untuk ke Kuala Lumpur semasa musim cuti sekolah mulai minggu ketiga depan, ini mungkin sesuatu yang boleh anda sertakan dalam atur cara lawatan anda.

Apa kata anda kunjungi satu pameran yang memperingati penyanyi legenda Sudirman Arshad, baru sahaja dibuka dan akan berjalan sehingga 25 Mei ini.

Pameran berjudul ‘One Thousand Million Smiles…‘ itu diadakan di Perpustakaan Universiti Malaya (UM) di ibu negara bermula semalam.

Tesis yang pernah dihasilkan oleh Allahyarham Sudirman sebagai menyempurnakan kursus Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Kepujian di UM pada 1980 merupakan antara koleksi menarik pada pameran sempena mengenang penyanyi nombor satu Asia itu.

Menurut Timbalan Pengerusi Pameran Perpustakaan UM, Shamsiah Abu Bakar, pameran itu juga mempamerkan koleksi album termasuk piring hitam pertama seniman itu serta artikel-artikel yang membabitkan dirinya selama bergelar penghibur hingga akhir hayatnya.

“Pameran ini juga sebagai mengenang penyanyi itu sebagai Alumni UM yang mempamerkan koleksi berkaitan beliau sebagai insan seni yang mempunyai bakat luar biasa,” katanya semasa majlis pelancaran pameran “Óne Thousand Million Smiles…” di Perpustakaan UM.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Duta Alumni UM, Aznil Nawawi yang turut menjadikan Sudirman sendiri sebagai idolanya sepanjang bergelar anak seni.

Menurut Shamsiah lagi, pameran berkenaan yang dibuka kepada umum juga berkongsi maklumat peribadi yang meliputi biodata diri, pencapaian dan sumbangannya.

Sementara itu, beliau berkata prinsip dan sikap Sudirman yang berjaya menggapai kejayaan dalam pendidikan walaupun mempunyai cita-cita menjadi seorang penghibur wajar dicontohi generasi masa kini.

Sudirman anak kelahiran Temerloh, Pahang pernah dinobat Penghibur Terbaik Asia di ‘Asian Popular Music Awards’ yang berlangsung di Royal Albert Hall London pada 1989.

Sepanjang pelibatannya dalam bidang seni, penyanyi itu menghasilkan 18 album dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang dikeluarkan dalam bentuk piring hitam, kaset dan cakera padat.

Allahyarham juga pernah membintangi sebuah filem bertajuk ‘Kami’ pada 1983. – BERNAMA

Tags: SudirmanUniversiti Malaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengecam sekeras-kerasnya pementasan teater oleh sebuah pasukan teater kolej di UM yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd