Sample Page Title

GUA MUSANG – Hampir 400 penduduk Orang Asli tampil melakukan saringan kesihatan pada kem kesihatan komuniti bersama pakar perubatan keluarga di Pos Brooke di sini, hari ini, sekali gus membuktikan kaum itu semakin sedar pentingnya penjagaan kesihatan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Ab Aziz Yusof berkata mereka bimbang penyakit berjangkit termasuk malaria dan denggi yang masih tinggi menyerang masyarakat berkenaan.

“Mereka yang disahkan menghidap penyakit berkenaan boleh dirujuk terus kepada hospital terdekat untuk rawatan lanjut,” katanya ketika berucap merasmikan kem berkenaan di Dewan Orang Ramai Pos Brooke.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan turut membina lebih banyak klinik kesihatan di kawasan penempatan Orang Asli yang jauh dengan bandar bagi memudahkan masyarakat itu menerima rawatan.

“Kita lihat kesedaran Orang Asli berhubung penjagaan kesihatan semakin bertambah apabila mereka dengan cepat mendapatkan rawatan jika keadaan kesihatan mereka terjejas,” katanya​​​​​.

Antara aktiviti pada kem berkenaan ialah konsultasi dengan doktor pakar, ceramah kesihatan, pameran penyakit, pemakanan sihat dan demonstrasi pemakanan sihat.

Ab Aziz yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata kerajaan sentiasa mengambil berat kehidupan masyarakat itu termasuk menyediakan penerbangan ihsan bagi pesakit dari kawasan pedalaman yang sukar dihubungi melalui jalan darat dengan menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Jabatan Kesihatan Kelantan juga kerap mengadakan program kesihatan bersama masyarakat tersebut dalam memastikan tahap kesihatan mereka memuaskan, katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...