• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Helikopter New York Ragut Nyawa 5 Penumpang

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Polis mengesahkan bahawa kesemua lima penumpang sebuah helikopter, yang terhempas di Sungai Timur di New York City pada Ahad sebelum terbalik, telah terkorban dalam nahas itu.

Jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), Leftenan Thomas Antonetti, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi agensi berita China Xinhua melalui telefon pada awal Isnin.

Juruterbang pesawat Eurocopter AS350 itu, yang berjaya meloloskan diri, merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas tersebut.

Pesuruhjaya Jabatan Bomba New York (NYFD), Daniel Nigro, berkata kesemua mangsa yang maut terperangkap dalam helikopter itu dan terpaksa dikeluarkan daripada air yang dingin oleh pasukan penyelam.

‘’Tiga daripada mereka dikejarkan ke hospital berhampiran dalam keadaan kritikal manakala dua lagi meninggal dunia di tempat kejadian,’’ katanya pada sidang akhbar pada malam Ahad.

Helikopter milik Liberty Helicopter Tours itu telah disewa bagi tujuan merakamkan gambar peribadi, kata Pesuruhjaya NYPD James O’Neill.

Nigro berkata punca nahas belum diketahui.

Kes itu disiasat oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (NTSB). – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

12/10/2026
0

GERIK - Seorang anak muda dari Kampung Bandariang, Gerik, Perak yang sanggup bekerja di kilang demi mengumpul wang untuk melanjutkan...

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd