• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPI Tubuh Sekretariat Tetap Perhalusi Resolusi, Inisiatif

oleh AK-47
02/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Majlis Perundingan Islam (MPI) menubuhkan sebuah sekretrariat tetap bagi memperinci kesemua 30 resolusi dan 67 inisiatif yang dihasilkan menerusi wacana intelektual majlis itu untuk dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi MPI berkata perkenan Raja-Raja Melayu diperlukan sebelum sebarang penyelarasan berhubung program dan pelaksanaan dapat dirangka oleh sekretariat tetap MPI, yang diletakkan di bawah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI).

Beliau berkata sekretariat tetap berkenaan, yang dianggotai tujuh pengerusi kluster MPI, akan merangka program berdasarkan resolusi dan inisiatif tersebut untuk dilaksanakan kerajaan dalam tempoh 30 tahun akan datang.

“Insya-Allah pada 2050, kita akan dapat lihat pelaksanaan sepenuhnya program-program yang telah dipersetujukan dalam resolusi tersebut,” katanya semasa mengulas peranan sekretariat itu, yang diumumkan penubuhannya ketika beliau menutup Ijtimak Majlis Perundingan Islam Kebangsaan di Cyberjaya hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Saeed Qattan di pejabatnya di sini, hari ini.

Tujuh kluster MPI ialah Ekonomi, Sosial, Pendidikan, Politik, Perundangan, Pemikiran Islam dan Dakwah.

Antara resolusi ijtimak berkenaan adalah mencadangkan budaya amalan wakaf diperluas ke peringkat sekolah rendah selain menjadikan syarikat milik kerajaan (GLC) sebagai institusi korporat amanah dan mengangkat pelan tindakan keluarga sakinah dalam masyarakat kerana keluarga merupakan institusi terpenting untuk kesinambungan generasi khaira.

Resolusi lain adalah menyediakan kerangka ruhiyyah lil ummah (panduan) yang holistik serta menggalakkan program kerohanian dan mewujudkan prinsip kebersamaan terutama dalam agenda Islam; memperbetul persepsi kedaulatan Islam dan memperkasakan institusi kesultanan Melayu serta mempertahankan dunia Melayu dengan menjawab setiap cabaran pemikiran hari ini merangkumi liberalisme, sekularisme dan modernisme dan mewujudkan jawatankuasa bertindak khas yang bertangungjawab menguruskan institusi agama, raja dan politik.

Ditanya bila sekretariat itu akan bermesyuarat, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan langkah segera untuk melaksanakan resolusi berkenaan.

Mengenai pertemuannya dengan Mahmoud Hussien, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata mereka membincangkan mengenai lawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Arab Saudi Putera Abdulaziz Saud ke Malaysia pada 13 dan 14 Mac depan.

Ia merupakan lawatan pertama Putera Abdulaziz ke Malaysia sejak dilantik ke jawatan itu pada 21 Jun tahun lepas, katanya.

“Selain kedua-dua negara mempunyai perjanjian kerjasama dalam bidang keselamatan, lawatan itu mampu mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd