• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOF Nafi Dakwaan Aset 1MDB Disalahgunakan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang Lim Kit Siang dalam suratnya kepada 154 Anggota Parlimen Switzerland yang mendakwa aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah disalahgunakan.

“1MDB telah memaklumkan kepada MOF bahawa sebarang dakwaan asetnya telah dilesapkan atau disalahgunakan, sama ada di dalam atau di luar negara, adalah tidak benar dan bermotifkan politik,” katanya.

MOF menafikan dakwaan tersebut dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini susulan laporan Lim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menghantar surat kepada Anggota Parlimen Switzerland bagi melobi untuk memulangkan 104 juta Swiss franc (1 Swiss franc = RM4.13) yang disimpan oleh Pengawal Selia Kewangan (FINMA) negara itu, yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Katanya FINMA sedang menyiasat pelbagai bank swasta di Switzerland susulan aduan bahawa bank-bank ini melanggar beberapa undang-undang pengubahan wang haram Swiss dan mengambil keuntungan secara tidak sah daripada beberapa transaksi perbankan tanpa melakukan pemeriksaan latar belakang yang mencukupi.

“Kami dimaklumkan 104 juta Swiss franc itu sebenarnya mewakili jumlah keseluruhan denda atau penalti yang dikenakan oleh FINMA ke atas pelbagai bank swasta kerana melanggar undang-undang perbankan dan kewangan Swiss.

“Oleh itu, 104 juta Swiss franc tersebut bukan wang milik kerajaan Malaysia atau mana-mana agensinya atau syarikat yang berkaitan,” kata MOF.

Kementerian itu berkata ia telah dimaklumkan bahawa pelbagai bank Swiss mempertikaikan denda tersebut dan mereka telah merayu kepada Mahkamah Swiss bagi bank-bank itu dilepaskan daripada sebarang salah laku.

“Susulan pelbagai pemeriksaan dan audit yang dijalankan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan Malaysia tidak menunjukkan atau mengesan sebarang dana yang hilang daripada 1MDB, kementerian mendapati sukar untuk mengambil sebarang kedudukan untuk membuat tuntutan daripada kerajaan Switzerland berikutan wang tersebut bukan milik rakyat Malaysia seperti yang didakwa oleh Wan Azizah dan Lim dalam surat mereka kepada Anggota Parlimen Switzerland,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDBMOF
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaburan KWAP Dalam eFishery Ikut Prosedur, Pengesahan Juruaudit Bertauliah – MOF

Pelaburan KWAP Dalam eFishery Ikut Prosedur, Pengesahan Juruaudit Bertauliah – MOF

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat eFishery telah melalui proses penilaian...

SPRM Belum Temui Unsur Rasuah, Penyelewengan Dalam Pelaburan KWAP Di eFishery – MOF

SPRM Belum Temui Unsur Rasuah, Penyelewengan Dalam Pelaburan KWAP Di eFishery – MOF

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menemukan sebarang unsur salah laku jenayah melibatkan rasuah atau penyelewengan berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd