• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MERHROM Puji Artis Lawat Kem Pelarian Cox’s Bazar

oleh AK-47
01/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) menyambut baik lawatan oleh selebriti Malaysia ke kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Presidennya, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, mereka berpeluang menyaksikan sendiri keadaan pelarian terbabit yang tidak bermaya dan sangat memerlukan keperluan asas.

“Sangat sukar untuk tinggal di kem pelarian walaupun selama sehari. Bayangkan bagaimana mereka boleh hidup di kem selama bertahun-tahun.

“Oleh itu, kami memuji selebriti yang menyokong kami. Anda memberi inspirasi kepada kami,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zafar Ahmad berkata, hari ini penyanyi dan komposer Faizal Tahir mengumumkan beliau akan melawat kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar dan semalam Datuk Afdlin Shauki mengumumkan mahu mengumpul dana RM300,000 untuk mereka.

Kata beliau, sebelum itu Hijjaz telah melawat kem pelarian tersebut dan MERHROM turut mengucapkan terima kasih kepada Heliza Helmi diatas sokongan berterusan beliau.

“Terdapat ramai selebriti Malaysia yang menyokong kami dan kami harap mereka akan terus menyokong kami sehingga kami kembali ke tanah air,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd