• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bakar Bilik Pusat Kecantikan Ditahan Di Miri

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis menahan seorang lelaki selepas membakar sebuah bilik di pusat kecantikan di Jalan Desa Indah 3, Permyjaya di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata suspek berusia 47 tahun itu, yang dipercayai di bawah pengaruh dadah, didapati membawa kapak untuk membuka pintu bilik kakitangan pusat kecantikan itu.

“Ketika kejadian berlaku, terdapat tiga wanita berada di dalam bilik berkenaan iaitu pengurus pusat kecantikan serta dua rakannya. Suspek juga meminta RM10 daripada setiap orang dalam bilik tersebut,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lim berkata setelah meminta wang daripada mereka, suspek mengancam merogol mangsa dan mengugut untuk membunuh mereka jika enggan mengikut arahannya.

Pengurus pusat kecantikan berusia 26 tahun itu dapat melarikan diri dan meminta bantuan orang awam apabila suspek mula membakar bilik itu.

Lim berkata pekerja wanita berusia 24 tahun dihantar ke Klinik Kesihatan Tudan untuk mendapatkan rawatan akibat terhidu asap.

“Suspek pula cedera dipukul orang awam yang marah akibat tindakan suspek. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 386 dan 436 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah iaitu mencuri dan kesalahan berkaitan dadah.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong, pula berkata kebakaran di pusat kecantikan itu melibatkan bahagian pejabat yang terletak di belakang premis.

“Peratus kebakaran adalah sebanyak 20 peratus yang turut melibatkan sebuah mesin basuh,” katanya sambil memberitahu pihak bomba mengambil masa tiga minit untuk mengawal kebakaran. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

12/10/2026
0

GERIK - Seorang anak muda dari Kampung Bandariang, Gerik, Perak yang sanggup bekerja di kilang demi mengumpul wang untuk melanjutkan...

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd