• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kurung 3 Anak Dalam Kotak Papan Lapis, Penuh Najis

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPASANG suami isteri di California, Amerika Syarikat ditahan pada Khamis lalu atas dakwaan melakukan kekejaman dengan sengaja selepas didakwa ‘mengurung’ anak mereka dalam kotak papan lapis dalam keadaan serba daif di kawasan gurun Joshua Tree.

Tiga anak kepada Daniel Panico, 73, dan Mona Kirk, 51, ditemui dalam ruang sempit itu yang dipenuhi najis mereka selain timbunan sampah sarap.

Jurucakap Jabatan Syerif San Bernardino berkata, mangsa berusia 11, 13 dan 14 tahun itu juga mengalami malnutrisi dan dipercayai telah tinggal di dalam kotak itu selama empat tahun.

“Pemeriksaan awal menunjukkan tiada tanda penderaan fizikal berlaku ke atas mereka yang juga tidak bersekolah. Kotak yang terdapat beberapa lubang besar itu berukuran 6 meter (m) panjang dan 1.2 m tinggi serta 3 m lebar. Ia tidak dilengkapi bekalan elektrik atau air walaupun suhu di kawasan tersebut mencecah sehingga 48 darjah Celsius.

“Siasatan mendapati Kirk tinggal di dalam kotak itu bersama anaknya manakala Panico tinggal di dalam treler,” katanya.

Sementara itu, Kapten Trevis Newport menerusi Twitter memaklumkan pasangan tersebut telah membiarkan anak mereka tinggal dalam keadaan tidak selamat dengan keadaan persekitaran yang kotor dan sempit.

Penemuan mengejutkan itu dibuat selepas timbalan syerif kawasan itu mengadakan rondaan dan terlihat timbunan sampah sarap, alat permainan dan perabot di kawasan tersebut pada awal minggu lalu. – Daily Mail/myMetro Online

Tags: anakkejam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

28/06/2026
0

BATU PAHAT - Bekas pemimpin UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan anaknya merupakan seorang bekas pemimpin pelajar. Beliau turut...

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan adakah menjadi satu kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd