• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuota Rasmi Haji 2018 Kekal 30,200 Jemaah

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kuota rasmi jemaah haji Malaysia bagi tahun ini kekal 30,200 orang seperti tahun lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata jumlah subsidi yang diperuntukkan untuk musim haji pada tahun ini pula dianggarkan RM400 juta, iaitu meningkat berbanding RM300 juta pada tahun lalu.

“Kenaikan (subsidi haji) kerana kos bagi setiap seorang jemaah haji dahulunya (tahun lalu) RM19,550.

“Kos pada tahun ini meningkat kepada RM22,450 tetapi jemaah haji Malaysia untuk kali pertama hanya perlu membayar RM9,980. Subsidi yang ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji sebagaimana arahan kerajaan adalah RM12,470,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Azizah Harun yang ingin tahu jumlah kuota haji 2018 dan peruntukan subsidi pada tahun ini.

Katanya setakat ini, sejumlah 19 syarikat pelancongan tempatan swasta telah dilesenkan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan pihaknya sedang meneliti beberapa agensi yang berkelayakan untuk dijadikan PJH. – BERNAMA

Tags: kuota hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd