• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komited Pastikan Keselesaan Anggota TLDM & Keluarga

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANGGAR – Peranan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara, khususnya di Sabah, akan terus dihargai, kata Menteri Pertahanan

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan komited untuk memastikan keselesaan anggota dan keluarga anggota TLDM, dengan memastikan agendanya untuk warga ATM terus berjalan lancar.

Ini termasuk kebajikan, kesihatan, latihan, pendidikan dan perumahan, selain memberi perhatian kepada bebanan kos sara hidup dihadapi warga ATM, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama warga TLDM di sini hari ini.

Pada majlis itu, Hishammuddin berkata pihaknya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan akan mengusahakan sekurang-kurangnya RM5 juta bagi menyenggara kawasan perumahan dalam pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) ini.

Beliau juga berkata, Abdul Rahman telah menyumbangkan RM10,000 kepada Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) PTKK.

Hishammuddin berkata, atas komitmen dan kesungguhan anggota, khususnya di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) di Sepanggar, gandingan antara Mindef (Kementerian Pertahanan), pihak industri pertahanan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama kepimpinan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mestilah ‘seamless’ (lancar dan berterusan).

“Maknanya, hubungan mereka tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh dijualbeli kerana agenda kita sama iaitu untuk memastikan keselamatan dan pertahanan bumi Sabah ini,” kata beliau.

Terdahulu, Hishammuddin merasmikan kiosk Petronas dalam pangkalan itu bagi memudahkan warga PTKK mengisi petrol kenderaan mereka.

Kiosk itu beroperasi di bawah Tabung Kebajikan PTKK sejak pertengahan bulan lepas.

Selain menyediakan dua pam petrol, kiosk itu juga mempunyai Kedai Mesra.

Hishammuddin turut meninjau kemajuan projek membina semula sebuah jambatan sepanjang 52.7 kilometer bernilai RM13.5 juta di Kampung Gentisan di sini yang menghubungkan antara lain, PTKK. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

Kerja Kilang Demi Kumpul Wang Ke Universiti

12/10/2026
0

GERIK - Seorang anak muda dari Kampung Bandariang, Gerik, Perak yang sanggup bekerja di kilang demi mengumpul wang untuk melanjutkan...

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd