Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Bajet: ‘Janji Macam-Macam, Satu...

Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM), Mior Rosli Mior Mohd Jaafar melihat...

Pusat Tahfiz Akan Beroperasi...

KUALA LUMPUR - Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di...

Janda Bina Kerjaya ‘Pembunuh’...

SEORANG wanita di China membina kerjaya yang unik apabila membantu golongan isteri membalas dendam...

Sisa Plastik Tidak Boleh...

KUALA LUMPUR – Sisa plastik yang didapati tidak boleh dikitar semula dan mencemarkan...

Kesian MB Selangor Jahil Beza Air Mentah, Air Terawat!

ALAHAI… Krisis bekalan air yang ‘menghantui’ warga Lembah Klang tidak akan selesai jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sendiri tidak faham beza antara air mentah dengan terawat.

Demikian sindiran Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang ketika mengulas hujah lemah Timbalan Presiden PKR itu semasa berucap yang tular melalui media sosial semalam.

Azmin dalam sebuah program rasmi sambutan 10 tahun pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor kelmarin dilaporkan berdabik dada dengan data jumlah air mentah di beberapa buah empangan di negeri itu yang penuh.

Walhal rekod tersebut sebenarnya tidak banyak membantu dalam penyelesaian masalah bekalan air terawat sekali gus menunjukkan seolah-olah Azmin ‘jahil’ mahu mengajak rakyat marhaen Selangor menggunakan air mentah.

“Nampaknya sukar selesai krisis air di Lembah Klang. Pentadbiran negeri yang membekalkan air masih belum jelas lagi beza antara isu air mentah dengan air terawat! Macam manalah saya nak bantu urus masalah ini!” keluh Zaini.

Baca: 5 Sebab Krisis Air Selangor Terburuk Dalam Sejarah

Juga: Krisis Air Selangor: Loji Rosak Sejak Azmin Jadi MB

Dan: Selangor Bakal Lagi Tiada Air, Hutang TNB RM75 Juta

Sebelum ini Azmin ketika berucap pada Karnival Himpunan Rakyat di Stadium Melawati, Shah Alam menyatakan mahu mencampak Zaini ke dalam empangan sebagai hendak membuktikan air di Selangor konon adalah cukup.

Namun, kenyataan angkuh yang dibuat oleh Azmin itu ditempelak banyak pihak kerana tiada guna empangan penuh dengan air mentah jika bekalan air terawat di loji yang selalu rosak pula gagal sampai ke rumah penduduk sendiri.


Krisis bekalan air di Selangor pada bulan ini merupakan antara paling buruk dalam sejarah kerana telah berjaya menjejaskan lebih dua juta akaun pengguna di Lembah Klang dan membabitkan 498 kawasan termasuk ibu negara.

Punca utama krisis itu masih berterusan adalah berikutan kedegilan Kerajaan Selangor yang enggan melengkapkan perjanjian penstrukturan semula industri air sehingga mengakibatkan kelewatan kerja penaiktarafan infrastruktur.

Setakat ini video ucapan Azmin yang memperlekeh Zaini bagaimanapun terus dikritik netizen, bahkan ada dengan nada berjenaka mahu mencampakkan menteri besar itu sendiri ke dalam empangan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori