• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

oleh Mohd Arshad
25/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keyakinan itu bersandar kedudukan gabungan itu yang sedang mencapai kemajuan positif dari segi sokongan terutama dalam kalangan pengundi India dan Cina.

“Daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), 39 adalah (kerusi) majoriti Melayu yang mewakili 65 peratus daripada keseluruhan (pengundi berdaftar).

“Saya boleh katakan, kami yakin dapat memenangi 33 hingga 35 kerusi DUN, bukan saja kerusi majoriti Melayu tetapi juga kerusi majoriti Cina. Sokongan di lapangan adalah menggalakkan,” katanya ketika sidang akhbar selepas pertemuan tertutup bersama pengarang media di sini hari ini.

DUN tiga negeri bubar esok, Negeri Sembilan negeri tunggal belum umum

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Seri Amirudin Shari, yakin gabungan itu yang kini bersama Barisan Nasional (BN) mampu menang sehingga 40 kerusi DUN di Selangor.

Beliau berkata, selain 33 yang disifatkan sebagai kerusi selamat bagi PH dan BN, tujuh lagi membabitkan kerusi marginal yang turut dijangka boleh dimenangi.

Berdasarkan kedudukan semasa, PH menguasai 40 daripada 56 kerusi DUN di Selangor, diikuti BN dengan lima kerusi, empat milik BERSATU dan dua milik Parti Bangsa Malaysia (PBM). PAS, Pejuang dan WARISAN masing-masing menguasai satu kerusi, manakala satu lagi kerusi milik wakil rakyat Bebas dan satu lagi DUN kosong.

Mohamed Azmin yang juga Ketua Penerangan PN mengakui sentimen kebimbangan dalam kalangan pengundi Cina adalah berhubung ketidakstabilan politik dan peluang perniagaan dibawah PH dan beliau percaya, PN boleh menyediakan penyelesaian tepat untuk menangani situasi itu.

“Kami mahu mengekalkan Selangor sebagai kuasa ekonomi yang mempunyai pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) yang besar.

“Kami mahu menarik lebih banyak pelaburan berkualiti berteknologi tinggi ke negeri ini,” tambahnya.

Tak minat umum ‘poster boy’

Berhubung ‘poster boy’ pula, Mohamed Azmin berkata, PN tidak berminat untuk mengumumkannya sepanjang tempoh berkempen untuk PRN memandangkan ia bukan satu keperluan untuk menarik undi.

Sebaliknya, beliau berkata, PN mahu mempamerkan usaha yang boleh dilakukannya untuk enam negeri yang terbabit dengan PRN menerusi pengenalan manifestonya.

“Terdapat banyak isu di sekeliling kita seperti ekonomi, kejatuhan nilai ringgit, inflasi, kos sara hidup dan lain-lain. Rakyat sedang menderita.

“Jadi kenapa perlu bercakap tentang isu ‘poster boy’,” katanya.

Beliau menegaskan, PN sudah merangka manifestonya dalam menangani isu utama seperti ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan, terutamanya mengenai isu kos sara hidup.

“Itu sepatutnya didahulukan. Siapa yang akan jadi Menteri Besar, kita serahkan kepada pihak istana untuk membuat keputusan,” katanya memaklumkan PN Selangor akan mengumumkan calonnya esok, termasuk memperkenal muka baru yang akan bertanding pada PRN.

PN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN di Selangor dengan didominasi calon BERSATU. Bagi PH dan Bn pula, masing-masing sudah mengumumkan calon dengan BN bertanding di 12 kerusi DUN, diikuti PKR di 20 DUN, 15 ditandingi DAP dan dan bakinya diserahkan kepada AMANAH.

-Berita Harian

Tags: Azmin AliPNPRNselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd