Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Rasuah: 3 Guru Termasuk...

KLANG - Tiga guru termasuk seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Pandamaran...

APMM P.Pinang Tahan 3...

GEORGE TOWN - Tiga nelayan Thailand bersama sebuah bot nelayan tempatan ditahan di...

Najib Fail Semakan Keputusan...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengemukakan permohonan menyemak keputusan Mahkamah...

Ainul Mardhiah Sambut Ulang...

KUALA LUMPUR - Bayi yang mencuri tumpuan ramai, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menyambut...

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

SHAH ALAM : Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula jam 3 pagi esok, selepas kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) siap jam 7 malam ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan di Facebook berkata, peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 20 peratus pada jam 3 petang, diikuti dengan 90 peratus pada 3 pagi (Jumaat).

“Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terbabit dijangka pada jam 12 tengah hari Jumaat,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Air Selangor berkata sebanyak tujuh kawasan akan terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual ini iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Selain itu, menurut kenyataan itu lagi, tempoh masa gangguan dan pemulihan di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Kita akan menggerakkan lori tangki air ke premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Bantuan bekalan air alternatif menerusi 13 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna.


“Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan di seluruh wilayah Air Selangor.

“Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di empat stesen pengisian air yang akan dibuka di Braemar Estate (wilayah Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (wilayah Sepang), serta Taman Banting Baru (wilayah Kuala Langat),” katanya.

Pada masa sama katanya, sesi taklimat dengan wakil rakyat bagi kawasan yang terjejas dilakukan semalam bagi memastikan kelancaran pembekalan air untuk para pengguna.

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

“Selain itu saluran alternatif juga tersedia seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori