• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Usahakan Kaedah Pemulihan Kekal Penagih

oleh AK-47
15/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan akan terus berusaha mencari kaedah rawatan yang membawa kepada pemulihan kekal dan berkesan terhadap penagih dadah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata selama ini kerajaan telah menyalurkan banyak wang dan tenaga dari segi memberi rawatan dan perubatan dalam usaha memulihkan penagih dadah.

Mengikut statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pada tahun lepas merekodkan sebanyak 18,440 kes melibatkan penagih dadah berulang manakala 7,482 kes adalah kes baharu penagihan dadah, katanya pada Program Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di hadapan kira-kira 5,000 Orang Kena Pengawasan (OKP) AADK, keluarga, sukarelawan AADK serta komuniti Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata mengikut statistik itu, pada tahun lepas sebanyak 25,922 tangkapan melibatkan penagih dadah dicatatkan di seluruh negara.

“Daripada jumlah berkenaan sebanyak 20,956 melibatkan penagih Melayu, Cina (1,947 orang), India (1,760 orang), Peribumi Sabah (999 orang), Peribumi Sarawak (113 orang) dan lain-lain (147 orang),” katanya.

“Sungguhpun begitu, kita (kerajaan) tidak berputus asa dan akan terus mencari jalan (bagi rawatan) untuk menjamin pemulihan kekal dan berkesan (ke atas penagih dadah),” katanya. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd