• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Contohi Malaysia Uruskan Ekonomi

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo, hari ini, mencontohi kejayaan Malaysia serta beberapa negara lain di Asia Tenggara yang dilihat berjaya menguruskan pembangunan ekonominya dengan lebih baik.

“Kita ini negara besar, dengan sumber tenaga yang besar (tetapi jumlah) eksport kita kalah dengan Malaysia… kalah kita,” kata Jokowi.

Justeru, beliau mahu kementerian dan agensi kerajaan berkaitan termasuk pemerintah di kota-kota di Indonesia, mempertingkatkan usaha membangunkan ekonomi selain mengurangkan birokrasi serta memudahkan proses pelaburan luar ke negara itu.

“Kalau diterus-teruskan, kita enggak (tidak) mau mengubah seperti apa yang tadi saya sampaikan, maka kita ditinggal lagi sama Laos dan Kamboja,” katanya dipetik media Indonesia hari ini. Jokowi berkata, Indonesia yang memiliki sumber tenaga yang ramai seharusnya lebih berdaya maju berbanding negara lain di Asia Tenggara.

“Cuba lihat Thailand, (berdasarkan data) angka eksport 2016-2017 (ialah) US$231 miliar (bilion), Malaysia US$184 miliar, Vietnam US$160 miliar… kita (Indonesia) US$145 miliar.

“Ini fakta, negara sebesar kita ini kalah dengan Thailand yang penduduknya 68 juta, Malaysia 31 juta penduduknya dan Vietnam 92 juta, dengan resource (sumber) yang sangat besar, kita kalah,” katanya di Istana Negara pada Rabu. – BERNAMA

Tags: Indonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd