• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Gigih Riba Anak Sambil Jawab Soalan

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEGIGIHAN wanita Afghanistan ini yang terpaksa membawa bersama bayinya yang berusia dua bulan ketika menduduki peperiksaan untuk memasuki universiti di Kabul telah menjadikan dia sebagai tajuk utama media dunia.

Lebih menggembirakan, kesungguhan Jahan Jaab, 22, itu berbaloi apabila dia lulus peperiksaan berkenaan. Jahan mendapat 152 mata dan akan mengambil jurusan pengajian sains sosial.

Gambar Jahan yang meriba anak sambil menjawab soalan peperiksaan itu telah dirakamkan oleh seorang pensyarah, Yahya Erfan, yang bertanggungjawab mengawasi peperiksaan berkenaan.

Disebabkan dia terpaksa meriba anaknya, maka Jahan terpaksa menjawab soalan sambil duduk di atas lantai sahaja.

Sementara pelajar lain pula simpati melihat Jahan dan mereka tidak kisah walaupun bayinya menangis.

Namun Jahan yang berasal dari keluarga miskin berasa bimbang dia tidak dapat membiayai pengajiannya kelak dan dia juga khuatir tidak dapat hadir ke universiti dengan sempurna.

Ini kerana wanita itu menetap di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai jalan untuk kenderaan memasukinya.

Berikutan itu, sebuah pertubuhan sukarelawan di United Kingdom iaitu Pertubuhan Belia Afghan telah melancarkan kempen menerusi laman web Go Fund Me untuk membantu ibu muda tersebut melanjutkan pelajarannya.

“Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk menyatakan bahawa tiada apa yang boleh menghalang wanita ini daripada menduduki peperiksaan bersama bayinya yang berusia dua bulan,’’ kata anggota kumpulan, Shokryah Mohammadi, kepada CNN.

Setakat ini sebanyak RM1,570 berjaya dikumpulkan dalam masa sehari kempen itu dilancarkan. – MYNEWSHUB.CC

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: AfghanistanpeperiksaanWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah “Samurai Yang Hilang Arah”, Temui Makna Di Medan Perang Afghanistan

Kisah “Samurai Yang Hilang Arah”, Temui Makna Di Medan Perang Afghanistan

28/04/2026
0

DALAM dunia moden yang dipenuhi rutin pejabat, tekanan hidup dan norma sosial yang menuntut keseragaman, kisah seorang lelaki Jepun ini...

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd