TEH bukan sahaja merupakan salah minuman yang tertua di dunia, malahan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan kita.
Teh sememangnya terkenal dengan sifat antioksidan yang terkenal dengan pelbagai manfaat.
Meskipun teh minuman yang berkhasiat, namun pengambilannya perlu dielakkan ketika perut kosong.
Hal ini kerana, manfaat tersebut tidak akan dapat diserap oleh tubuh badan jika diambil ketika perut kosong dan ia boleh mengundang kepada beberapa risiko yang berbahaya.
Berikut merupakan beberapa risiko yang akan berlaku:
1. Mengganggu Metabolisme
Metabolisme menurut sudut sains merupakan tindak balas kimia yang berlaku dalam sel hidup.
Proses metabolisme merupakan asas hidup yang mana membolehkan sel membesar dan membiak, mengekalkan struktur dan membalas terhadap persekitaran.
Memetik sumber, pengambilan teh ketika perut kosong boleh mengganggu metabolisme dalam tubuh badan.
Di mana kandungan dalam teh menjadikan asid dalam perut meningkat sekaligus mengakibatkan metabolisme tubuh akan terganggu.

2. Dehidrasi
Teh adalah salah satu minuman bersifat diuretik yang mana menghilangkan air di dalam badan.
Oleh itu, anda sebaiknya tidak digalakkan mengambil minuman ini ketika perut kosong terutamanya di waktu pagi kerana ia boleh mengakibatkan tubuh dehidrasi sepanjang hari.
Malah, lebih teruk ia juga boleh mengakibatkan anda mengalami kekejangan pada otot.

3. Perut Kembung
Teh dicampur dengan susu memang sedap rasanya tetapi jangan sekali-kali mengambil minuman ini ketika perut sedang kosong!
Bukan apa, kandungan laktosa yang tinggi dalam susu boleh mengakibatkan berlakunya kembung perut dan permasalahan dalam usus. Bahkan lebih teruk, ia juga boleh mengakibatkan sembelit.

Haaa…Itulah antara risiko yang bakal ‘timbul’jika anda mengambil teh ketika perut sedang kosong.
Jika tidak mahu masalah ini berlaku kepada diri, maka hendaklah minum teh apabila perut sudah terisi, contohnya selepas mengambil sarapan pagi. Pun begitu, jangan lupa perhatikan juga jumlah gula yang anda letak ke dalam teh.
Jangan terlalu manis kerana ia akan meningkatkan hormon insulin dalam tubuh sekaligus mencetuskan pelbagai masalah kesihatan lain pula.
Semoga bermanfaat buat semua! – MYNEWSHUB.CC/AM

