• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafal 5 Juzuk Layak Terima Biasiswa Jadi ‘Pilot’

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Kementerian Perhubungan Republik Indonesia (Kemenhub) sedang menawarkan biasiswa kepada calon juruterbang lelaki yang dapat menghafal sekurang-kurangnya lima juzuk al-Quran.

Urusan pendaftaran dan peluang pendidikan tersebut akan dilaksanakan di Balai Pendidikan dan Pelatihan (PB2) Penerbangan Banyuwangi.

Ketua BP2 Penerbangan Bayuwangi, Afen Sena berkata, biasiswa tersebut diberikan sebagai peluang keemasan buat para pelajar pesantren atau institusi agama setempat berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Proses pengambilan dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan dan telah bermula 6 Mac yang lepas.

“Biasiswa ini juga diutamakan kepada pelajar pesantren yang mempunyai latar belakang keluarga kurang berkemampuan,” katanya kepada portal tempatan Dream.

Menurut Afen juga, pemberian biasiswa tersebut bertujuan memenuhi hasrat Presiden Indonesia, Joko Widodo yang inginkan Indonesia mempunyai sebuah sekolah penerbangan di bawah Kemenhub dari pelajar pesantren.

Calon yang berminat boleh mendaftar di laman web sipencatar.lp3b.ac.id. atau berhubung dengan pihak BP2 Penerbangan Banyuwangi.

Beliau juga berharap dengan pemberian biasiswa ini, pelajar-pelajar tersebut cemerlang dalam pendidikan, seterusnya mampu melakar sejarah dan menyumbang bakti kepada negara.

Tambahnya lagi, pelajar-pelajar lepasan pesantren di Indonesia banyak menduduki posisi yang baik dalam pemerintah dan juga perusahaan swasta. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: BiasiswaIndonesiaJoko Widodopesantren
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd