• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fitnah Projek Ikan Sturgeon: Peguam Rosmah Lapor Polis

oleh Ahmad Albab
19/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam kepada Datin Seri Rosmah Mansor membuat satu laporan polis berkenaan fitnah menerusi sebuah video di laman YouTube yang mengaitkan isteri perdana menteri dengan projek ikan sturgeon.

Laporan polis itu dibuat oleh peguam NoorHajran Mohd Noor daripada firma guaman Messrs. NoorHajran Mohd Noor di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

NoorHajran dalam satu kenyataan berkata video yang dimuat naik pada 7 Mac bertajuk “Mazlan Aliman Amanah-Pecah Rahsia: Isteri Najib Razak di belakang Projek Ikan Sturgeon yg Lingkup” itu telah menjejaskan reputasi dan integriti anak guamnya.

Peguam itu berkata video yang dimuat naik oleh pemilik akaun dengan nama samaran ‘Cap Kapak’ itu memaparkan ucapan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK) merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti Amanah Negara (PAN), Mazlan Aliman yang secara terang menuduh anak guamnya terlibat dalam beberapa projek pelaburan yang dirancang dan dilaksanakan oleh FELDA termasuk projek penternakan ikan Sturgeon.

“Kenyataan Saudara Mazlan Aliman tersebut yang kononnya berdasarkan maklumat daripada seorang pegawai FELDA adalah satu tuduhan dan fitnah jahat yang dibuat tanpa adanya sebarang bukti serta asas yang kukuh.

“Tuduhan sebegini telah menyebabkan terjadinya buruk sangka di kalangan netizen lantas menjejaskan reputasi dan integriti anak guam saya,” katanya.

Kata NoorHajran, beliau dan anak guamnya menyerahkan kepada polis sepenuhnya untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada. – BERNAMA

Tags: fitnahIkan Sturgeon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduh beliau melarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd