• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penjenayah Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Polis menembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di sebuah rumah di kawasan perumahan Kampung Joh di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad berkata kedua-dua lelaki berumur 31 dan 37 tahun itu dipercayai terbabit dalam sindiket menyamun dan mencuri kenderaan pacuan empat roda di negeri ini.

“Polis terpaksa membalas tembakan bagi melindungi diri dan suspek ditemui maut di ruang tamu dan seorang lagi dalam bilik belakang rumah berkenaan.

“Tembak menembak itu berlangsung kira-kira lima minit sebelum penjenayah itu ditemui maut,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Din berkata pemeriksaan polis dalam rumah berkenaan menemui dua pucuk pistol termasuk sepucuk pistol tiruan serta sebilah parang.

Beliau berkata polis membuat serbuan di rumah berkenaan pukul 3 petang selepas menerima laporan daripada orang awam.

Katanya ketika sepasukan anggota polis tiba di tempat kejadian, polis telah mengarahkan kedua-dua suspek itu menyerah diri namun suspek ingkar dan melepaskan tembakan ke arah polis.

“Modus operandi suspek dipercayai menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan samun. Kita percaya dengan kejayaan ini polis dapat menyelesaikan kira-kira 12 kes samun kenderaan pacuan empat roda di negeri ini,” katanya.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Machang di sini untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: ditembakmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd