• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. M Tak Layak Jadi PM Lagi Kerana ‘Baggage’ Politik

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – ‘Baggage’ atau ‘masalah” politik Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun menjadi perdana menteri dahulu merupakan faktor utama beliau tidak layak untuk memegang semula jawatan itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata sebahagian besar masalah dalam pentadbiran negara ketika ini diwarisi daripada pentadbiran terdahulu terutama di bawah pemerintahan Dr. Mahathir.

“Isu yang besar bagi kita pembangkang adalah ‘baggage’ politik Dr. Mahathir selama beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Sebahagian besar masalah-masalah itu diwarisi kepimpinan UMNO selepas Dr. Mahathir bersara.

“Jadi ‘baggage’ politik inilah merupakan faktor utama Dr. Mahathir tidak layak untuk menjadi perdana menteri (sekali lagi),” kata Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan ketika ditemui pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

Beliau mengulas langkah Pakatan Harapan yang mempertahankan tindakan mereka mencalonkan Dr. Mahathir sebagai perdana menteri pada usia 93 tahun.

Mohd Amar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pentadbirannya pula terpaksa memikul kesilapan yang dilakukan oleh Dr. Mahathir.

Mengulas lanjut, beliau berkata setiap individu mempunyai ‘waktu kemuncak’ masing-masing dan perlu berhenti apabila telah tiba waktunya.

“Orang main bola pun sampai umur 36 tahun sahaja, sebab dia memerlukan stamina yang kuat (untuk beraksi). Walaupun orang itu bijaksana tapi bila dah sampai peringkat umur tertentu, (prestasi) dia mula menurun).

“(Prestasi Dr. Mahathir) mula menurun bila dia pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai timbalan perdana menteri) dan ia merupakan satu petanda bahawa dia sudah mula melakukan kesilapan demi kesilapan,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Raih Kemenangan Pertama ACL Elite 2026/27, Benam Pohang Steelers 2-0 Di Korea Selatan

JDT Raih Kemenangan Pertama ACL Elite 2026/27, Benam Pohang Steelers 2-0 Di Korea Selatan

13/10/2026
0

KOREA SELATAN - Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACL Elite) 2026/27 selepas...

PMX Anwar Salah Tajwid, Salah Tafsir ‘Lighad’ Dalam Ucapan Belanjawan – Nik Abduh

PMX Anwar Salah Tajwid, Salah Tafsir ‘Lighad’ Dalam Ucapan Belanjawan – Nik Abduh

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd