• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Salah Tajwid, Salah Tafsir ‘Lighad’ Dalam Ucapan Belanjawan – Nik Abduh

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Salah Tajwid, Salah Tafsir ‘Lighad’ Dalam Ucapan Belanjawan – Nik Abduh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwanya melakukan kesilapan tajwid dan tafsiran ‘lighad’ dalam petikan ayat al-Quran ketika membentangkan Belanjawan 2027 baru-baru ini.

Nik Abduh yang juga Ahli Dewan Negara dan anak kepada Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi rakaman video podcast berkata, beliau telah meneliti semula ucapan Perdana Menteri di YouTube selain membaca teks ucapan berkenaan sebelum mengenal pasti dua kesilapan tersebut.

“PMX, saya tak tahu dia dapat nasihat ustaz mana. Tapi bukan dapat nasihat, dia tak dapat nasihat. Dia salah baca ayat itu. Ayat itu dia tafsir secara salah.

“Saya tengok ucapan dia, saya ulang balik. Saya buka YouTube, saya tengok dia ucap. Selepas saya dengar dalam dewan, saya ambil teks, saya baca teks,” katanya.

Menurut beliau, kesilapan pertama membabitkan aspek tajwid apabila Anwar didakwanya berhenti membaca pada bahagian ayat yang tidak sepatutnya dihentikan.

“Satu, tajwid salah. Hujung itu dia tak boleh berhenti. Tapi itulah, tak apalah. Itu tajwid kan. Tapi mungkin PMX tak sedar,” katanya.

Nik Abduh kemudian membangkitkan kesilapan kedua yang menurutnya lebih penting, iaitu pentafsiran ungkapan ‘lighad’ yang digunakan Perdana Menteri untuk menggambarkan kepentingan merancang masa depan negara dan generasi akan datang.

Beliau merujuk kepada ayat 18 Surah al-Hasyr yang menyeru orang beriman supaya bertakwa kepada Allah dan setiap individu meneliti amalan yang telah dilakukan sebagai persediaan menghadapi hari esok iaitu hari akhirat.

Menurut Nik Abduh, walaupun ungkapan ‘lighad’ secara bahasa membawa maksud hari esok atau masa akan datang, maksudnya dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada hari akhirat.

Katanya, teks ucapan Belanjawan 2027 turut mengandungi perkataan ‘hari akhirat’ dalam kurungan, namun Anwar tidak menyebutnya ketika berucap sebaliknya mengaitkan ungkapan berkenaan dengan masa depan.

“Dalam teks dibubuh akan datang. Bubuh kiamat, hari akhirat. PMX tak baca akhirat. Dia kata untuk masa depan,” katanya.

Sehubungan itu, Nik Abduh berpandangan penasihat agama termasuk pihak yang bertugas di pejabat Perdana Menteri sepatutnya memberikan penekanan kepada Anwar mengenai maksud sebenar ayat berkenaan.

“Ustaz, JAKIM ke apa yang ada dalam pejabat PMX, sepatutnya tekankan kepada Perdana Menteri bahawa ayat ini, ijmak ulama tafsir, esok itu bererti hari akhirat.

“Masing-masing diri kena tengok apa yang dia buat ini untuk hari akhirat dia. Bukan untuk esok, bukan untuk tahun depan, bukan untuk dunia,” katanya.

Mengulas lanjut, Nik Abduh menjelaskan bahawa ayat berkenaan menuntut setiap individu bermuhasabah mengenai amalan, pahala dan dosa yang bakal
dipertanggungjawabkan di akhirat.

Menurutnya, kegagalan Anwar menyebut perkataan ‘akhirat’ ketika membaca petikan tersebut boleh menyebabkan pendengar memahami maksud ayat berkenaan secara berbeza.

“Sebab dia tak baca dalam kurungan akhirat itu. Dalam teks adalah, alhamdulillah. Tapi orang tak baca teks kan, orang dengar,” katanya.

Nik Abduh turut mempersoalkan huraian Perdana Menteri dalam perenggan seterusnya yang sekali lagi menggunakan ungkapan ‘lighad’ sebagai asas kepada tanggungjawab kerajaan menyediakan belanjawan demi masa depan generasi akan datang.

“PMX tak sebut pasal akhirat. Dia kata kita kena bentang perbelanjaan, maksudnya kita mengurus negara ini, kita kena jaga untuk generasi yang akan datang.

“Itu salah bawaan ayat itu. Dia dah sebut itu betul dah. Tapi dia berpandu pada ayat itu, salah. Kenapa? Kerana ayat ini ayat muhasabah,” katanya.

Nik Abduh menegaskan bahawa seruan dalam ayat tersebut ditujukan kepada setiap individu supaya memikirkan akibat perbuatannya sendiri pada hari akhirat, bukannya semata-mata mengenai apa yang bakal diwariskan kepada anak atau generasi seterusnya.

“Bukan saya buat hari ini untuk anak saya. Itu maksud PMX. Saya buat ini adalah untuk generasi negara akan datang, untuk anak muda akan datang. Ayat ini bukan untuk generasi, untuk diri sendiri. Bukan untuk anak. Untuk kita. Ayat ini untuk kita, muhasabah diri,” katanya.

Justeru, Nik Abduh berpendapat Perdana Menteri sepatutnya menggunakan ayat al-Quran lain yang lebih sesuai sekiranya mahu menekankan kepentingan menyediakan belanjawan bagi menjamin masa depan generasi akan datang.

“Sepatutnya ayat lain. Ada ayat lain yang sepatutnya digunakan oleh PMX,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa tegurannya bukan bermaksud menuduh Perdana Menteri melakukan dosa kerana menggunakan ayat tersebut.

“Itu maksud saya bagaimana ayat itu ditafsirkan secara yang salah. Bukan makna salah itu berdosa. Bukan. Tapi dia tak kena ayatlah. Ayat itu adalah untuk muhasabah diri, untuk hari akhirat. Itu sepatutnya ditekankan,” katanya.

Dalam teks ucapan Belanjawan 2027, Anwar menggunakan ungkapan ‘lighad’ bagi mengajak rakyat memikirkan asas pembangunan negara serta warisan yang bakal ditinggalkan kepada generasi masa depan.

“Ungkapan lighad, yakni merujuk kepada hari esok, membawa suatu tuntutan yang besar dan mendalam. Malah, kita dituntut memikir serta menghamparkan asas-asas yang kukuh untuk masa hadapan, yakni mencerakinkan asas-asasnya itu, apakah peluang yang sedang kita buka atau luaskan, dan apakah warisan yang bakal kita wariskan kepada generasi akan datang,” menurut petikan ucapan Perdana Menteri itu. – MYNEWSHUB

Tags: ‘Lighad’ UcapananwarbelanjawanNik AbduhPMXSalah TafsirSalah Tajwid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Sangat Sibuk Tetap Hadir Syarahan Ulama Besar Turkiye – Menteri Agama

PMX Anwar Sangat Sibuk Tetap Hadir Syarahan Ulama Besar Turkiye – Menteri Agama

13/10/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap meluangkan masa menghadiri syarahan ulama besar dari Turkiye, Syeikh Dr. Muhammad...

PMX Anwar Minta Pemimpin Ambil Iktibar Daripada Kisah Para Anbiya

PMX Anwar Minta Pemimpin Ambil Iktibar Daripada Kisah Para Anbiya

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pemimpin di semua peringkat mengambil iktibar daripada kisah para anbiya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd