Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

VIDEO: Sempat Buat FB...

KATHMANDU: Satu rakaman video tular dalam media sosial memaparkan detik-detik terakhir penumpang berada...

Objektif Penubuhan Baitulmal Johor...

JOHOR BAHRU – Objektif penubuhan Baitulmal Negeri Johor (Baitulmal) secara umumnya belum tercapai...

Baru Temuduga, Belum Lagi...

KECOH dunia hiburan tanah air apabila sebuah portal tempatan melaporkan pelawak Shamsul Ghau...

PPM Rampas Peralatan Bom...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas peralatan bahan letupan ikan dan...

Banyak Peluang Orang Asli Ceburi Bidang Pertanian

PASIR SALAK – Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani telah membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat Orang Asli di negara ini untuk menceburi bidang pertanian.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata sektor pertanian menyediakan pelbagai ruang untuk kaum minoriti itu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan menerusi bidang tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuklah keusahawanan.

“Peluang ini terbuka luas kepada Orang Asli untuk bergiat aktif dalam bidang pertanian bagi mengelakkan diri mereka daripada dibelenggu garis kemiskinan.

“Kerajaan komited untuk membela nasib Orang Asli bagi memastikan mereka tidak akan tertinggal dan terpinggir, jadi mereka perlu rebut peluang yang ada di depan mata,” katanya.

Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Gelombang Tani Nasional (GTN) 2018 Semarak Tani Orang Asli @ Pasir Salak di Perkampungan Orang Asli Redang Punggur di sini Sabtu malam.

Turut hadir Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Dr Mohamad Roff Mohd Noor dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Datuk Dr Bah Piyan Tan.

Tajuddin berkata kementerian turut memberi keutamaan kepada Orang Asli dalam bidang keusahawanan dengan menyediakan pelbagai program dan bantuan pinjaman kepada mereka.

“Kita beri peluang yang sama-rata kepada Orang Asli untuk menceburi bidang keusahawanan sama seperti lain-lain kaum di negara ini…tak ada beza.


“Jika mereka bersungguh-sungguh untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, kita sedia membantu dari segi latihan, kursus kemahiran serta bantuan kewangan menerusi TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) dan Agro Bank.

Sementara itu, Tajuddin mengingatkan Orang Asli supaya tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang hanya pandai menjanjikan ‘bulan dan bintang’.

Tajuddin berkata tindakan pembangkang yang cuba menghasut kaum berkenaan hanya sekadar mahu memesongkan kepercayaan mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Menjelang PRU (pilihan raya umum) tidak lama lagi, pembangkang melakukan tindakan sedemikian semata-mata mahu mendapatkan undi dan macam-macamlah rekaan mereka buat untuk mengelirukan pemikiran termasuklah kaum Orang Asli,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori