Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

2,775 Mangsa Pencemaran Toksik...

PASIR GUDANG - Sehingga pukul 12 tengah hari hari ini, jumlah mangsa yang...

Cuti 7 Hari Bermakna...

IPOH – Manifesto Barisan Nasional (BN) Perak yang menjanjikan tujuh hari cuti tanpa...

H5N1: 1,800 Unggas, 1,075...

KOTA BHARU - Sebanyak 1,800 unggas dan 1,075 telur dilupuskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar...

Warga Emas Kemalangan Kereta...

PETALING JAYA - Sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 70 tahun merempuh masuk...

APM Bina Menara Kawalan Di Pantai Peranginan

KUALA LUMPUR – Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan membina menara kawalan di pantai peranginan serta tempat perkelahan seluruh negara.

Ketua Pengarah APM Datuk Azmy Yahya berkata menara kawalan berkenaan akan dibina secara berperingkat dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian tempat bertujuan untuk mengawal selia dan tugasan menyelamat di kawasan pantai peranginan.

“Selain itu, APM juga bercadang untuk menambah aset di air bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat jika berlaku sesuatu bencana,” katanya pada sidang akhbar akhbar Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-66 yang akan disambut esok di Ibu Pejabat APM, Jalan Padang Tembak, di sini.

Dalam perkembangan lain, Azmy berkata APM akan membantu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) dalam operasi pemantauan dan keselamatan awam di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSzone).


“Kami akan membantu pasukan peronda kawasan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di sekitar sempadan,” katanya.

Pada 12 Okt lepas, kabinet bersetuju menggerakkan anggota APM bagi membantu operasi pemantauan ESScom berkuat kuasa serta merta. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APM

Kategori