• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Pingat Emas Dalam Genggaman Skuad Badminton

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih menaruh harapan bahawa jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan memberi kilauan emas kepada kontinjen negara pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

BAM yang awalnya meletakkan sasaran tiga pingat emas daripada acara berpasukan campuran, beregu lelaki dan beregu wanita bagaimanapun mengkaji semula sasaran dengan meletakkan acara perseorangan lelaki yang diwakili pemain nombor dua dunia itu.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau percaya Chong Wei mampu lakukan yang terbaik dan menambah bilangan pingat emas kepada skuad badminton negara.

“Saya tahu dia (Chong Wei) mampu namun kita tidak mahu beri dia tekanan dengan meletakkan sasaran ke atasnya dan sasaran tiga pingat emas pada awalnya itu adalah realistik.

“Sasaran tersebut adalah berdasarkan kepada persediaan yang cukup lengkap dan teliti oleh pemain kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara BAM dan Sen Heng Malaysia.

MoU itu adalah bagi tempoh dua tahun sehingga 2019 melibatkan tajaan perkakasan elektrik bagi kejohanan-kejohanan anjuran BAM dan latihan pemain-pemain di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Mohamad Norza berkata jika acara perseorangan lelaki berjaya meraih pingat emas, ia merupakan satu bonus ekoran pemain perseorangan lelaki negara akan menerima saingan sengit daripada pemain India.

Chong Wei yang dipetik media tempatan pada Khamis, meletakkan sasaran untuk meraih dua pingat emas, sekali gus menjadi atlet terbaik negara dalam sejarah Sukan Komanwel nanti.

Untuk rekod, BAM menyenaraikan lima pemain lelaki dan lima pemain wanita ke temasya berkenaan dengan diketuai oleh Chong Wei, Tan Wee Kiong, Goh V Shem, Chan Peng Soon, Tan Kian Meng, Goh Liu Ying, Lai Pei Jing, Goh Jin Wei, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei.

Pada edisi empat tahun lepas, Malaysia meraih emas menerusi gandingan V Shem-Wee Kiong (beregu lelaki), Vivian-Khe Wei (beregu wanita) dan berpasukan campuran.

Pada 2010 Malaysia berjaya meraih empat emas iaitu pencapaian terbaik di Komanwel menerusi Chong Wei, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (beregu lelaki), Chin Eei Hui-Koo Kien Keat (beregu campuran) dan berpasukan campuran. – BERNAMA

Tags: badmintonBAM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota Parlimen DAP Cemar Imej Parlimen

Next Post

Dulu Kutuk, Kini Pembangkang Iktiraf BR1M

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

Next Post

Dulu Kutuk, Kini Pembangkang Iktiraf BR1M

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd