• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Kutuk, Kini Pembangkang Iktiraf BR1M

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menempelak Pakatan Harapan yang dahulunya mengutuk habis-habisan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) namun menyenaraikan bantuan itu dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) pakatan pembangkang itu.

“Cakap tak serupa bikin” katanya sambil menegaskan akhirnya pembangkang sedar bahawa bantuan itu yang disifatkan oleh mereka sebagai ‘dedak’, sebenarnya satu keperluan untuk membantu meringankan beban rakyat.

“Itulah, benda baik yang kerajaan buat, mereka cakap macam-macam dan sekarang tengok mereka sendiri telah iktiraf BR1M ini. Tambahan pula penerimaan rakyat terhadap BR1M selama ini sangat baik jadi mereka (pembangkang) pun mahu lakukan benda yang sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pintu baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Long Chuan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas manifesto Pakatan Harapan untuk PRU ke-14 (PRU14) akan datang yang antara lain akan mengekalkan pemberian BR1M kepada golongan B40 sekiranya parti itu memenangi PRU14.

Ahmad Bashah berkata BR1M yang diperkenalkan sejak tahun 2012 itu bukan untuk mempengaruhi rakyat kerana ia diberikan kepada mereka yang layak tanpa mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik.

Kerajaan memperuntukkan RM6.8 bilion tahun ini kepada kira-kira tujuh juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan menerima BR1M secara berperingkat dengan bantuan maksimum sebanyak RM1,200. – BERNAMA

Tags: BR1M
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Pingat Emas Dalam Genggaman Skuad Badminton

Next Post

Sebenarnya.My Teruskan Siri Jelajah Ke Batu Pahat

Related Posts

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

Lebih Baik BR1M Daripada PSP ‘RM1 Sehari’

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1 sehari kepada penerimanya membuktikan kerajaan Pakatan Harapan...

Next Post

Sebenarnya.My Teruskan Siri Jelajah Ke Batu Pahat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd