• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Parlimen DAP Cemar Imej Parlimen

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan tiga anggota Parlimen DAP menuntut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan menunjukkan bahawa pembangkang terdesak dan telah mencemar nama dewan yang mulia itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kenyataan yang dikeluarkan Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V Sivakumar (Batu Gajah) bahawa Pandikar Amin kononnya ‘sekutu untuk menutup skandal rasuah’ adalah satu dakwaan jahat.

“Pelantikan dan peranan Speaker telah termaktub dalam Perkara 57 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan manakala Peraturan Mesyuarat 99 Dewan Rakyat, menyebut “Keputusan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua Peraturan Mesyuarat ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad kecuali jika ada untuk usul bersendiri menentang keputusan itu.

“Sehubungan itu, Tuan Yang Dipertua dari satu masa ke satu masa boleh mengeluarkan petua-petua berkenaan dengan perkara itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada Rabu lepas, ketiga-tiga anggota Parlimen berkenaan dilapor menuntut Pandikar Amin meletakkan jawatan kerana menolak usul segera difailkan pembangkang berhubung rampasan kapal layar mewah yang dikatakan milik ahli perniagaan Jho Low dan soalan berkaitan 1MDB.

Mereka turut dipetik berkata Pandikar Amin, sebagai Speaker Dewan Rakyat telah gagal menegakkan kebenaran.

Azalina berkata Speaker berhak untuk menolak apa-apa soalan atau usul yang tidak mengikut Peraturan Mesyuarat dan keputusan Speaker adalah konsisten dan adil, kepada semua anggota dewan.

“Bagaimanapun terdapat cara untuk mencabar keputusan itu dan bukannya mendesak Speaker meletak jawatan dan berprasangka buruk apabila keputusan tidak menyebelahi mereka.

“Ia menjadi amalan biasa apabila pembangkang menggunakan platform Parlimen untuk menyerang kerajaan namun tindakan pembangkang yang turut menyerang dan membuat dakwaan jahat terhadap Speaker dilihat sebagai terdesak dan tidak profesional,” katanya.

Azalina berkata setiap anggota Parlimen boleh berbeza pandangan dan berpegang dengan ideologi politik masing-masing namun sebagai wakil rakyat mereka perlu menjaga standard sebagai ‘Ahli Yang Berhormat’ bukannya menunjukkan tingkah laku seperti ‘Ahli Yang Tiada Hormat’. – BERNAMA

Tags: DAPDatuk Seri Azalina Othman Said
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd