• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.53 Bilion Unit Saham Untuk Amanah Saham Zulu

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan memperuntukkan sebanyak 1.53 bilion unit saham bagi skim pelaburan khas Amanah Saham Zulu untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan veteran tentera dengan nilai RM1 seunit saham.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata satu bilion unit saham diperuntukkan untuk anggota ATM manakala 500 juta lagi kepada veteran ATM yang berstatus Bumiputera melalui skim kategori Amanah Saham Bumiputera Zulu (ASB-Z).

“Kategori kedua iaitu Amanah Saham 1Malaysia Zulu (AS1M-Z) yang khusus kepada anggota dan veteran berstatus bukan Bumiputera pula diperuntukkan sebanyak 30 juta unit saham,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga 4 Divisyen Sempena Jelajah Perkasa Perwira di Kem Wardieburn, Setapak di sini hari ini.

Hishamuddin berkata skim pelaburan khas dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) itu merupakan sebahagian inisiatif bagi memastikan kebajikan anggota dan veteran ATM serta anggota keluarga mereka sentiasa terpelihara.

Beliau berkata kedua-dua inisiatif baharu berkenaan dilaksanakan di bawah Teras Kebajikan Kementerian Pertahanan bagi memupuk budaya melabur dalam kalangan anggota dan veteran ATM selain meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

“Malah, bagi memastikan skim pelaburan khas ini dapat dimanfaatkan oleh seramai mungkin anggota dan veteran, PNB bersedia menambah unit saham yang ditawarkan bagi memenuhi permintaan dan sambutan semasa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang memperuntukkan denda RM500,000 atau 10 tahun penjara jika disabitkan kesalahan adalah setimpal dengan kesan buruk akibat berita palsu.

Beliau berkata penyebaran berita palsu berkaitan isu keselamatan, keagamaan dan perkauman boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara.

“Diharapkan hukuman itu dapat memberikan iktibar kepada orang ramai sebelum menyebarkan berita tidak benar,” katanya.

Ia merupakan sebahagian daripada 14 fasal yang terkandung dalam RUU Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said semalam. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN, 20 Jun – Perjalanan dua beradik berakhir dengan tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat...

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

20/06/2026
0

KUANTAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima penyerahan rasmi sistem persenjataan FN MAG 58M 7.62mm bagi helikopter EC 725...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd