Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Difteria: Penyakit Akibat Sikap...

MELAKA - Negara baru-baru ini digemparkan dengan kematian dua kanak-kanak masing-masing di negeri...

Haiwan Pun Berisiko Kena...

KUALA LUMPUR: Cuaca panas melampau yang kini melanda beberapa negara, termasuk Malaysia, bukan...

Senarai 13 Individu Paling...

APLIKASI temujanji/dating atas talian popular Tinder baru-baru ini mengeluarkan senarai lelaki dan perempuan...

Portal Digital Usaha Sama...

JOHOR BAHRU - Perkhidmatan digital atau portal digital usaha sama antara Pertubuhan Berita...

Wanita Hilang Tangan, Kaki Menang Saman RM741j

LAPAN tahun menderita, akhirnya Lisa-Maria Carter yang hilang tangan, kaki, otot perut dan bahagian organ pencernaan, mendapat pembelaan.

Ia selepas sebuah mahkamah Amerika Syarikat mengarahkan University Of South Florida (USF) membayar sebanyak RM741 juta kepadanya.

Pada 2010, Carter menjalani pembedahan untuk membuat cyst pada rahimnya namun pakar bedah didakwa terhiris usus kecilnya mengakibatkan ia membebaskan bakteria pemakan daging.

Bakteria berkenaan tidak merbahaya dalam usus namun ia boleh memusnahkan tisu abdomen jika dikeluarkan.

Kejadian itu telah mengakibatkan Carter, yang kini berusia 53 tahun, kehilangan banyak darah hingga terpaksa diberikan ubat untuk menghalang aliran darah.

Ubat yang diberikan itu dapat menyelamatkan nyawanya namun ia mengakibatkan kekurangan darah ke tangan dan kaki hingga menyebabkan tisu mati.

Ketika itu, Carter merupakan kontraktor untuk tentera Amerika Syarikat. Dia kemudiannya memohon kerja di Iraq dan mendapat pekerjaan tersebut. Namun dia terpaksa keluar dari pesawat yang dinaikinya itu selepas dimaklumkan gagal pemeriksaan perubatan.


Sejak pembedahan pada 2010 itu, Carter telah banyak menderita dan terpaksa memakai kaki palsu. Manakala tangan palsu pula bernilai RM390,000 setiap satu. Namun disebabkan tangan palsu itu mengalami kerosakan maka dia tidak boleh menggunakannya.

Carter juga terpaksa menjalani terapi tiga kali seminggu. Dia tidak boleh berdiri dengan sendirinya.

Walaupun jika USF tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, Carter masih terpaksa berjuang untuk membuat tuntutan undang-undang agar ia diluluskan melalui badan perundangan negeri.

Meskipun kelulusan undang-undang itu boleh mengambil masa bertahun-tahun namun Carter optimis. – MYNEWSHUB.CC

Kategori