• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ulisses Morais Letak Jawatan Ketua Jurulatih JDT

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais mengejutkan ramai pihak terutama penyokong skuad Harimau Selatan apabila mengumumkan peletakan jawatan hari ini.

Beliau dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook JDT memberi alasan terpaksa meninggalkan JDT yang dikendalikannya sejak sembilan bulan lalu atas sebab-sebab kesihatan keluarga.

“Hari ini adalah hari yang sangat menyedihkan buat saya, tugasan saya berakhir di kelab terhebat ini. Segala hal dalam kehidupan perlu ada keutamaan. Di atas sebab-sebab kesihatan keluarga, saya terpaksa meninggalkan anda dan kelab ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Ulisses mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan, pemain dan penyokong pasukan itu banyak pencapaian dan kejuaraan yang dicapai sepanjang beliau mengendali pasukan JDT.

Beliau seterusnya memuji Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai lelaki muda yang berbakat, pintar dan memiliki ciri-ciri kepimpinan serta seorang yang berwawasan.

“Dengan mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap penyokong dan masyarakat Johor, menjadikan baginda adalah yang terbaik.

“Saya akan terus kekal dalam sejarah JDT dan sentiasa berada di dalam hati. Semoga berjaya pada masa akan datang hingga selama-lamanya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDTUlisses Morais
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd