• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Jika Lindungi Suspek Utama Kes Umrah

oleh AK-47
26/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melindungi suspek utama kes penipuan dan pakej umrah melibatkan Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT), yang sedang melarikan diri.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata suspek berumur 30 tahun itu dikatakan sentiasa bergerak serta bertukar tempat persembunyian dan meloloskan diri setiap kali serbuan dilakukan polis yang kini giat memburunya.

“Saya ingin memberi amaran sekiranya terdapat mana-mana pihak membantu dan menolong menyembunyikan maklumat penjenayah yang dikehendaki daripada ditangkap, mereka melakukan suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

“Mereka yang melindungi pesalah akan kita tuduh di bawah Seksyen 212 Kanun Keseksaan kerana melindungi orang bersalah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun” katanya ketika ditemui Bernama, di sini.

Sebelum ini, suspek yang merupakan bekas pengarah itu direman dari 27 Dis 2016 hingga 21 Jan 2017 bagi membantu siasatan kes yang melibatkan kerugian kira-kira RM4.5 juta.

Suspek kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman itu sementara menunggu arahan Pegawai Pendakwa Negeri.

Bagaimanapun suspek dikatakan menghilangkan diri sejak sebulan yang lalu dan lokasi terakhir dia dikesan adalah di Pasir Mas, Kelantan. – BERNAMA

Tags: Datuk Aidi IsmailKes Penipuan Pakej Umrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Individu Ditipu Pakej Umrah Diminta Buat Laporan Polis

31/07/2018
0

SHAH ALAM - Polis Selangor meminta individu yang menjadi mangsa penipuan pakej umrah dikendalikan sebuah syarikat pelancongan supaya segera tampil...

Perancang Utama Penipuan Pakej Umrah Ditahan Polis

17/07/2018
0

KUANTAN - Polis menahan perancang utama kes penipuan tawaran pakej umrah membabitkan 21 laporan di Pahang pada tahun lepas dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd