• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The Pocket Rocketman Raih Gangsa Keirin

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Penyandang juara dunia keirin 2017, Mohd Azizulhasni Awang terlepas peluang mencipta kejayaan di laman sendiri apabila hanya mampu meraih dalam acara itu pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2018 di Velodrom Nasional, di sini hari ini.

Jaguh trek kebangsaan tersebut yang mencatat kepantasan 10.076 saat sewaktu pusingan separuh akhir, gagal menyaingi kayuhan cemerlangnya selepas ditinggalkan 0.084s di belakang pelumba Jepun, Tomoyuki Kawabata yang merakam 10.174s untuk meraih emas diikuti pelumba Korea Selatan, Chaebin IM.

Bercakap kepada pemberita selepas perlumbaan, Mohd Azizulhasni yang diberi jolokan ‘The Pocket Rocketman’ mengakui sedikit terkilan selepas gagal menghadiahkan kemenangan kepada rakyat Malaysia yang hadir menyokongnya.

“Agak sedih juga kerana setiap pelumba ingin memenangi setiap kejohanan besar yang disertai tetapi pada masa sama saya tetap gembira kerana berjaya menaiki podium. Satu perlumbaan yang amat sengit boleh saya katakan.

“Saya memang beri yang terbaik di setiap perlumbaan namun mungkin hari ini nasib tidak menyebelahi saya namun saya berjanji akan buat yang terbaik untuk tidak menghampakan penyokong pada acara pecut Isnin ini,” katanya.

Pada masa sama, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu, itu berkata perlumbaan hari ini adalah sebahagian daripada strateginya menjelang Kejohanan Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2018 di Belanda yang akan bermula 28 Feb ini.

“Perlumbaan hari ini merupakan sebahagian daripada strategi di mana saya ingin mengelakkan daripada mencapai kemuncak prestasi terlalu awal sebelum ke Belanda,” kata pemenang pingat gangsa pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Sebagai rekod, kali terakhir Mohd Azizulhasni memenangi pingat emas dalam acara keirin di pentas Asia adalah pada edisi 2015 di Thailand. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran DAP Dakwa Pelaburan Asing Johor Meningkat Disebabkan Ekonomi Singapura

Veteran DAP Dakwa Pelaburan Asing Johor Meningkat Disebabkan Ekonomi Singapura

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa pertumbuhan pelaburan asing di Johor banyak dipengaruhi oleh perubahan struktur...

Tulisan Jawi ‘جوهر’ Hiasi Langit Stadium Sultan Ibrahim, Formasi Dron Pukau Penyokong JDT

Tulisan Jawi ‘جوهر’ Hiasi Langit Stadium Sultan Ibrahim, Formasi Dron Pukau Penyokong JDT

30/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Pertunjukan dron yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam ini sempena sambutan kejuaraan Liga Super ke-12 Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd