• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200.

Beliau berkata, keputusan awal menggunakan paras IPU lebih rendah dibuat sebagai langkah berhati-hati susulan kebimbangan yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong terhadap keadaan jerebu.

Bagaimanapun, katanya, selepas meneliti pelbagai pandangan ibu bapa serta mendapatkan nasihat agensi berkaitan, KPM memutuskan untuk kembali berpandukan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK)

“Soal jerebu ini bukan sekadar soal sekolah nak buka atau tutup. Kita bercakap tentang kesihatan, keadaan udara dan macam mana negara uruskan bencana.

“KPM ini bidangnya pendidikan. Kalau soal kesihatan, kita ada KKM. Kalau nak tahu keadaan udara, kita ada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Kalau soal pengurusan bencana, kita ada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Masing-masing ada pakar dan tanggungjawab mereka,” katanya di media sosial.

Fadhlina mengakui bacaan IPU 150 berada dalam kategori tidak sihat, namun setiap tahap pencemaran memerlukan tindakan berbeza mengikut panduan pengurusan jerebu negara.

Jelasnya, apabila IPU melebihi 100, semua aktiviti luar bilik darjah dihentikan bagi mengurangkan pendedahan murid kepada jerebu, manakala sekolah ditutup serta-merta apabila bacaan mencecah 200.

Beliau menjelaskan ibu bapa dibenarkan tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bimbang kesihatan terjejas akibat jerebu, khususnya murid menghidap asma atau masalah pernafasan.

Fadhlina berkata, KPM turut mengambil kira pandangan ibu bapa yang mahu sekolah ditutup lebih lama, mereka yang bimbang anak ketinggalan pelajaran serta keluarga yang menghadapi masalah penjagaan anak apabila sekolah ditutup secara mengejut.

Katanya, kesihatan murid tetap menjadi keutamaan namun kelangsungan pendidikan juga perlu dipelihara. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fadhlina Sidek

Tags: FadhlinaHad IPUMenteri PendidikanPenutupan SekolahPertahan KeputusanUbah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Bapa Cadang Sekolah Ditutup Beberapa Hari, Tetapi IPU Berubah Mengikut Masa Dan Lokasi – Fadhlina

Ibu Bapa Cadang Sekolah Ditutup Beberapa Hari, Tetapi IPU Berubah Mengikut Masa Dan Lokasi – Fadhlina

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, terdapat ibu bapa yang mencadangkan supaya sekolah ditutup terus untuk...

Pegawai Khas Menteri Pendidikan Bidas Dr Anuar Ahmad – “Jangan Jadi Rabun!”

Pegawai Khas Menteri Pendidikan Bidas Dr Anuar Ahmad – “Jangan Jadi Rabun!”

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pendidikan, Dr. Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim membidas pandangan pakar pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd