Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

3,631 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Situasi wabak Covid-19 yang melanda negara terus mencatatkan angka kes...

Video: Pemandu Teksi Berlagak...

RAKAMAN video seorang pemandu Uber/Grab Car ditahan ketika membawa tiga penumpang diserang oleh...

Sistem Perlu Dalam Kes...

KUCHING - Satu sistem yang menyeluruh lagi kondusif bermula dari aspek pencegahan, pembanterasan,...

Perubahan Tarikh Maal Hijrah...

KUALA LUMPUR - Perubahan tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) tahun ini iaitu dari...

Stesen Minyak Beroperasi Pada Cuti Tahun Baru Cina

PUTRAJAYA – Stesen-stesen minyak di seluruh negara dikehendaki beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh cuti umum sambutan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata pengusaha yang berhasrat menutup operasi mereka harus memaklumkan serta mendapatkan kebenaran KPDNKK terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

“Pengusaha stesen minyak yang menutup stesen tanpa kebenaran kementerian atau menyebabkan gangguan bekalan akan diambil tindakan menurut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Jika didapati bersalah, mereka ini boleh didenda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan kedua,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga berkata pegawai penguat kuasa KPDNKK akan membuat pemeriksaan berterusan terhadap stesen minyak bagi memastikan ia dibuka seperti biasa sepanjang tempoh cuti umum tersebut.


Roslan turut mengingatkan pengusaha stesen minyak agar membuat persediaan awal bagi memastikan bekalan bahan api diesel dan petrol mencukupi dan tidak terputus sepanjang sambutan perayaan berkenaan. – BERNAMA

Kategori