• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR: Akur Keputusan Mahkamah Persekutuan

oleh AK-47
20/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pihak akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata keputusan yang dibuat adalah mengikut perundangan dan garis panduan sedia ada, justeru ia tidak harus dipertikaikan.

“Kita harus mematuhi keputusan dibuat mahkamah dan tindakan susulan harus dilakukan SPR. Kami sebagai kerajaan juga akur dengan sebarang keputusan dibuat mahkamah.

“Parti politik harus akur dengan keputusan mahkamah kerana ia mengikut sistem perundangan dan garis panduan dalam Perlembagaan negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis prapelancaran Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-16 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Semalam, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa cadangan SPR untuk melaksanakan urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif, yang mempengerusikan panel tiga hakim, berkata tindakan SPR berhubung urusan persempadanan semula itu tidak mengikat mana-mana pihak, oleh itu tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman.

Md Raus dilapor menyatakan demikian dalam keputusan menolak dua permohonan dikemukakan dua anggota Parlimen DAP dari Perak dan tujuh pengundi dari Melaka bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang tidak menyebelahi mereka berhubung semakan semula kehakiman. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd