• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Quincy Jones Dakwa Michael Jackson Curi Lagu

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Penerbit muzik legenda yang juga ‘orang kuat’ di sebalik kemasyhuran Michael Jackson, Quincy Jones, mendakwa Raja Pop berkenaan ‘mencuri’ beberapa lagu popularnya.

“Saya keberatan mendedahkannya kepada umum tetapi tidak mahu menyembunyikan kenyataan Michael banyak menciplak lagu-lagu saya,” katanya dalam satu temubual bersama majalah tempatan Vulture.

“Nota muzik ‘tidak berbohong’ dan Michael seperti jelmaan Machiavellian ketika melakukannya,” ujar veteran muzik yang berusia 84 tahun itu.

Jones secara khusus menyebut ‘Billie Jean’ menawarkan rentak yang hampir sama dengan lagu ‘State of Independence‘ dendangan ratu disco Donna Summer.

Katanya, lagu dinyanyikan Summer itu diterbitkan Jones pada 1982, beberapa bulan sebelum Michael muncul dengan album Thriller.

Jones turut menyelar Micheal sebagai penyanyi ‘tamak’ apabila tidak mengiktiraf sumbangan pemain keyboard, Greg Phillinganes yang didakwa membantu menghasilkan lagu ‘Dont Stop ‘Til You Get Enough‘.

Tuduhan Jones sedikit sebanyak mengubah persepsi umum terhadap Michael yang meninggal dunia pada tahun 2009 lalu.

Namun, masih ramai yang simpati dengan penyanyi itu yang ketika hayatnya dilihat bergelut dengan masalah peribadi sehingga membawa kepada kemurungan. – AFP/BH ONLINE

Tags: Michael JacksonRaja Pop
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dokumen Epstein: Bill Clinton, Michael Jackson, Diana Ross, Mick Jagger Antara Nama Dikaitkan

Dokumen Epstein: Bill Clinton, Michael Jackson, Diana Ross, Mick Jagger Antara Nama Dikaitkan

20/12/2025
0

WASHINGTON: Pendedahan dokumen berhubung mendiang pesalah seks Jeffrey Epstein semalam hadir susulan desakan berbulan lamanya terhadap pentadbiran Trump demi ketelusan...

‘El Ayuwoki’ Pula Ancam Serang Manusia Waktu Tidur

10/03/2019
0

SEBUAH video Michael Jackson ala Momo yang mengatakan bahawa bintang yang telah meninggal dunia itu akan masuk ke bilik tidur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd