Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Dua Individu Buat Kacau...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki dan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan...

Wanita Pukul Warga Tua...

EKORAN tersebarnya rakaman aksi seorang wanita mengasari seorang warga emas di Klinik UTC Sentul...

Kaki Pancing Dikhuatiri Lemas,...

JOHOR BAHRU - Seorang kaki pancing dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama...

Ella Akui Rasa Lebih...

RATU rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 50, berkata dia membuat...

Program Jimat Belanja Dapur Perlu Diadakan Kerap

JASIN – Pengunjung program Jimat Belanja Dapur (JBD) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA) Melaka berharap program itu dapat diadakan lebih kerap kerana dapat membantu rakyat mendepani isu kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pesara tentera Mohamed Ali Nawang, 62, berkata program itu menawarkan barang keperluan dengan harga lebih rendah daripada pasaran yang tentunya memberi impak besar kepada kehidupan rakyat dan kerajaan melalui FAMA diharap mengadakan program itu secara mingguan.

Katanya program itu juga secara tidak langsung mendidik rakyat agar berbelanja secara berhemah dalam membeli barangan keperluan dapur dengan memilih barangan yang lebih murah tetapi mempunyai kualiti yang baik.

“Saya dan rakyat di kawasan ini amat berharap kerajaan dapat menjalankan program seperti ini dengan lebih kerap bagi membantu rakyat yang mana kenaikan harga barang ini biasa berlaku akibat kekurangan bekalan disebabkan faktor cuaca seperti hujan dan musim tengkujuh,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai melancarkan program itu yang berlangsung pada pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari ini di Kampung Parit Putat di sini.

Orang ramai tidak melepaskan peluang berbelanja di program tersebut diadakan di Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (ABR1M) yang mengadakan program JBR dengan menawarkan penjimatan harga antara lima hingga 20 peratus berbanding pasar awam bagi 27 jenis komoditi terpilih.

Program itu merupakan inisiatif kerajaan dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat dengan menawarkan barang keperluan termasuk tepung gandum, gula, ikan, ayam, beras, telur dan minyak masak pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran.

Seorang suri rumah, Noridah Isa, 61, berkata program berkenaan memberi manfaat kepada penduduk luar bandar terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.


“Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, saya akui agak terkesan dengan kenaikan harga barang lebih-lebih lagi macam saya yang hanya bergantung sepenuhnya kepada pencen suami yang merupakan bekas pekerja am rendah.

“Oleh itu, saya merebut peluang ini untuk membeli barang keperluan berikutan terdapat perbezaan harga yang ditawarkan. Saya harap masanya dapat dilanjutkan bagi mengelakkan orang ramai pulang hampa apabila barangan yang ingin dibeli habis terjual,” katanya yang datang bersama anaknya.

Faridah Hashim, 39, seorang pembantu kedai dari Muar, Johor berkata beliau mengetahui mengenai program berkenaan menerusi seorang rakan dan mengambil kesempatan berkunjung ke program itu untuk membeli barangan yang ditawarkan.

“Walaupun saya jiran sebelah (Johor) namun saya tak mahu melepaskan peluang untuk membeli di sini sebab terletak berhampiran rumah dan lebih-lebih lagi dibuat pada hari cuti.

“Saya amat menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan atas pelbagai langkah yang diambil dalam membantu mengurangkan beban kami yang kurang berkemampuan ini dan berharap agar dapat diadakan dengan lebih kerap secara mingguan,” kata ibu kepada tiga orang anak itu. – BERNAMA​​

Kategori