Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

Zulfadli Juarai Terbuka Brazil,...

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan profesional, Zulfadli Zulkifli akhirnya berjaya meraih gelaran sulung...

Heboh Hutang PTPTN: Mana...

KUALA LUMPUR - "Mengapa Timbalan Menteri Pendidikan (Teo Nie Ching) tidak mengendahkan pendapatan...

Video: Pegawai Imigresen Wanita...

DUA video memaparkan seorang pegawai imigresen wanita membelasah seorang lelaki warga asing ketika satu serbuan...

Nilai Kekayaan Taikun Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kelembapan ekonomi, penularan wabak Covid-19, kelemahan ringgit dan kejatuhan FBM...

Pengunjung Cedera Ditimpa Gelongsor Kaca Di Taman Tema

SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang pengunjung cedera selepas sebuah pelampung permainan gelongsor air kaca di sebuah taman tema di Seksyen 7, di sini, dipercayai terjatuh dan menimpa mangsa, Rabu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati ketinggian permainan gelongsor air kaca setinggi 60 meter (m) dan panjang adalah 600 m.

Beliau berkata, pihaknya menerima satu laporan polis pada jam 1.08 pagi tadi susulan penularan rakaman video itu berdurasi 13 saat di media sosial.

“Siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa bersama keluarga mengunjungi taman tema terbabit pada jam 11 malam, Rabu lalu.

“Dalam kejadian ini, mangsa iaitu seorang perempuan berusia 20-an dikatakan melintasi bahagian bawah permainan gelongsor air di situ, secara tiba-tiba belon pelampung terjatuh dari penyangkut dan terkena bahagian sisi tubuh mangsa.

“Mangsa menerima rawatan di sebuah poliklinik di Ken Rimba, Seksyen 16, di sini dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mohd Iqbal berkata, siasatan mendapati Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sudah mengeluarkan kompaun bertarikh 14 November 2024 atas kesalahan pembinaan taman tema tanpa kelulusan bertulis dari pihak MBSA.

Beliau berkata, siasatan mendapati hanya permainan gelongsor kaca berkenaan tiada kelulusan beroperasi di taman tema itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Nor Sabryna Mohammad Tahar di talian 014-5130450,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori