• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Rampas 12 Senjata Api Tiruan Dijual

oleh AK-47
12/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis merampas 12 senjata api tiruan yang dijual dengan harga antara RM800 hingga RM1,000 seunit dalam satu serbuan di sebuah gerai di Uptown Pahlawan Walk di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata senjata api tiruan bernilai lebih RM10,000 itu dirampas dalam serbuan kira-kira 9.30 malam selepas ia dipamerkan untuk jualan kepada orang ramai oleh seorang peniaga.

Beliau berkata penjualan senjata api tiruan tersebut dikesan setelah kegiatan berkenaan tular di media sosial baru-baru ini dan perniagaan tersebut dikesan aktif sejak dua bulan lepas.

“Ketika serbuan dilakukan peniaga berumur 40-an yang berasal dari Negeri Sembilan itu sedang menjalankan aktiviti penjualan senjata api tiruan yang dipercayai dibeli secara dalam talian dari China. Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mendakwa tidak tahu tentang kesalahan menjual senjata api.

“Alasan itu tidak boleh diterima kerana ia merupakan undang-undang perlu dipatuhi mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Abdul Jalil berkata antara senjata tiruan yang dirampas adalah dua pistol jenama Graffiti, senapang jenis raifal jenama M4A1 Submachine Gun, Std Water Gun Electric dan HK416 Automatic Riffle.

Beliau berkata penjualan senjata api tiruan berkenaan merupakan satu kesalahan kerana ia boleh digunakan penjenayah dalam aktiviti menyamun atau merompak berkumpulan bagi mengugut mangsa.

Katanya orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati agar tidak membeli senjata api tiruan dan individu yang ingin memiliki senjata tiruan perlu mendapatkan lesen daripada pihak polis.

Dalam pada itu, beliau Abdul Jalil berkata seorang lelaki berumur 30 tahun ditahan kerana terlibat dalam kes samun dan curi di hotel bajet di sekitar daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah sejak Disember lepas.

Beliau berkata penganggur berkenaan ditahan di rumahnya di Bukit Rambai di sini pada kira-kira 11.30 malam 5 Feb lalu selepas melakukan samun di sebuah hotel bajet di Rumbia, Alor Gajah kira-kira 4.23 pagi hari sama.

“Penjenayah tersebut menghunus parang kepada penjaga kaunter hotel tersebut dan melarikan RM94 pada hari kejadian,” katanya.

Sementara itu, katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak bermain bunga api bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina kerana tindakan boleh diambil ke atas mereka yang memiliki, menjual atau bermain sebarang mercun atau bunga api yang mengandungi bahan bakar berbahaya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa golongan majoriti rakyat negara ini bangkit menyelamatkan Malaysia daripada kelompok kecil yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd