• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Mansuh 5 Skim Perkhidmatan Penerbangan Berkuat Kuasa 1 Oktober, Tiada Lagi Pelantikan Baharu

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Mansuh 5 Skim Perkhidmatan Penerbangan Berkuat Kuasa 1 Oktober, Tiada Lagi Pelantikan Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan memansuhkan lima skim perkhidmatan berkaitan sektor penerbangan susulan perubahan status Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkuat kuasa 1 Oktober 2026.

Keputusan itu dimaklumkan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Lima skim perkhidmatan yang dimansuhkan ialah Pegawai Kawalan Trafik Udara, Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang, Pemeriksa Kapal Terbang, Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara dan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang.

Menurut pekeliling berkenaan, pemansuhan itu dibuat susulan perubahan status CAAM daripada Badan Berkanun Persekutuan (BBP) kepada Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Dibebaskan (BBDSB).

Sehubungan itu, tiada urusan pelantikan baharu dibenarkan bagi kelima-lima skim perkhidmatan berkenaan mulai tarikh kuat kuasa pekeliling tersebut.

Pekeliling itu turut menetapkan pembatalan skim Pegawai Kawalan Trafik Udara, Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang dan Pemeriksa Kapal Terbang yang sebelum ini berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 dan 2 Tahun 2024.

Selain itu, skim Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara dan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang yang berkuat kuasa menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 turut dibatalkan.

Pekeliling bertarikh 1 Oktober 2026 itu ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Kenyataan Media: Akaun Media Sosial Jabatan Perkhidmatan Awam

Tags: 5 SkimBerkuat Kuasa 1 OktoberKerajaanmansuhPerkhidmatan PenerbanganTiada Lagi Pelantikan Baharu
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Kerajaan Cadang Perkenalkan Rejim Pelesenan Platform E-Dagang

Kerajaan Cadang Perkenalkan Rejim Pelesenan Platform E-Dagang

14/10/2026
0

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang meneliti cadangan memperkenalkan rejim pelesenan bagi pengendali platform e-dagang, termasuk platform luar negara yang menawarkan perkhidmatan...

Kerajaan Akan Bawa Pakar Siasatan Jenayah, Psikologi Perkukuh Keselamatan Sekolah

Kerajaan Akan Bawa Pakar Siasatan Jenayah, Psikologi Perkukuh Keselamatan Sekolah

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan membawa lebih ramai tokoh dan pakar termasuk dalam bidang siasatan jenayah, psikologi, perkembangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd