• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Nafi Ketua Balai Ditahan SPRM

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Melaka hari ini menafikan penahanan seorang ketua balai dalam daerah Melaka Tengah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata penahanan itu melibatkan timbalan ketua balai berkenaan yang berpangkat sarjan berumur 52 tahun itu dan telah dibebaskan semalam selepas SPRM mengambil kenyataan beliau.

Beliau berkata dua lagi anggota balai yang terletak di Tanjung Kling di sini, masing-masing seorang wanita dan lelaki berumur 20-an hingga 30-an, turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Semua yang ditahan telah dibebaskan selepas mereka membantu melengkapkan kertas siasatan dan kita menyerahkan siasatan berkenaan sepenuhnya kepada SPRM,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis serahan Sijil Perakuan Lapang Sasar / Bilik Kebal di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media semalam berkaitan penahanan tersebut bagi membantu siasatan kes melibatkan permintaan wang rasuah sebanyak RM6,000 bagi melepaskan seorang individu yang ditahan kerana kesalahan dadah.

Mengulas lanjut, Abdul Jalil berkata perkara berkenaan juga akan dirujuk ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk siasatan dalaman.

Sementara itu, beliau berkata 56 jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat swasta telah memperoleh Sijil Perakuan Lapang Sasar / Bilik Kebal yang dikeluarkan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Katanya sijil tersebut memperakui prosedur operasi standard yang telah dicapai atau diikuti jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat swasta di negeri berkenaan yang memiliki lapang sasar atau bilik kebal.

“Sijil ini dikeluarkan bagi memastikan kelicinan pengurusan, penggunaan dan penyimpanan yang selamat, tersusun dan mudah difahami serta mematuhi syarat Akta Senjata 1960. Ia meliputi penyeragaman dari segi syarat dan aspek keselamatan yang telah ditambah baik,” katanya.

Beliau berkata IPK Melaka bersedia membantu agensi atau jabatan kerajaan serta syarikat swasta yang ingin memiliki bilik kebal agar mematuhi SOP yang ditetapkan. – BERNAMA

Tags: polisSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd