• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pokok Ipoh Ditanam Semula Di Lokasi Sama

oleh Ahmad Albab
22/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pokok Ipoh yang telah tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang pada 28 April tahun lepas telah ‘dikembalikan’ oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dengan kaedah penanaman semula anak pokok spesies sama di Dataran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), di sini.

Sesi penanaman itu turut disaksikan Exco Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Mah Hang Soon; Exco Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Menurut Zambry, proses penanaman semula itu dianggap penting selain mempunyai nilai sejarah yang tersendiri khususnya kepada bandar raya ini.

Katanya, beliau berharap pokok Ipoh berusia tiga tahun yang ditanam itu akan hidup subur dan sentiasa diselenggara oleh kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan baik.

“Diharapkan pokok ini terus tumbuh subur untuk masa hadapan dan terus menjadi lambang kebanggaan kepada warga bandar raya Ipoh khasnya,” katanya pada sidang media selepas Program Penanaman Pokok Ipoh di sini, hari ini.

Sebelum ini, pokok asal yang berketinggian kira-kira 50 meter dan berusia 37 tahun telah ditanam oleh Menteri Besar Perak yang ketujuh, Datuk Seri Wan Mohamed Wan Teh sempena ulang tahun ke-50 Kelab Rotary Ipoh, pada 18 Januari 1980.

Zambry berkata, pihaknya turut berharap MBI memperbanyakkan lagi penanaman spesies pokok-pokok tempatan di sekitar bandar raya yang bertujuan mengindah dan menyerlahkan identiti nasional di mata para pelancong.

“Pihak MBI juga diharap akan terus memberi perhatian bagi menjadikan bandar raya bersih, tersusun selain kelemahan-kelemahan yang ada diperbaiki sesuai dengan kedudukan dan juga latar belakang kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: Perakpokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd