SYUKUR…Â Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan surat tawaran haji kepada 1,200 peserta Program Khas Haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Majlis penyempurnaan tersebut berlangsung dalam suasana penuh keberkatan di Masjid Putra di Putrajaya pada Jumaat yang juga dianggap sebagai penghulu segala hari bagi umat Islam di seluruh dunia.
Bakal jemaah haji yang terpilih itu terdiri daripada kalangan imam masjid dan surau, ketua kampung serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan KeseÂlamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara.
Baca: Haram Haji Guna Duit 1MDB, Halal Cucu Tun Belai Anjing
Juga: Mahathir Sekali Lagi Anggap Haram Haji Guna Duit 1MDB
Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2011, program yang sudah pun memasuki tahun kelapan penganjurannya itu telah berjaya menghantar seramai 5,711 orang peserta untuk menunaikan ibadah haji buat kali pertama.
Menurut Perdana Menteri, Malaysia mampu menghantar jemaah haji dalam jumlah ramai saban tahun kerana ada hubungan baik dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta pihak kerajaan Arab Saudi
“Program ini bermula dengan 111 orang pada tahun 2011 dan tahun ini telah dapat dipertingkatkan kepada 1,200 orang yang terpilih,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA