• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petani Disaran Tanam Kelapa Matag Sumber Sampingan

oleh Ahmad Albab
26/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Golongan petani, terutamanya yang mengusahakan tanaman padi, disaran agar menanam pokok kelapa matag sebagai satu daripada sumber pendapatan sampingan mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata, seperti yang disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, para petani digalakkan mengusahakan sumber kekayaan baharu seperti kelapa matag kerana ia mudah diusahakan dan mampu memberikan pendapatan lumayan.

Anggota Parlimen Arau itu berkata, petani perlu mempelbagaikan tanaman sekali gus menghasilkan pendapatan daripadanya, bukan sekadar menanti hasil pada musim menuai semata-mata.

“Mengusahakan kelapa matag ini membolehkan para petani memperoleh pendapatan sampingan sehingga kira-kira RM163,000 bagi sehektar setahun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan benih kelapa mataq kepada 700 penduduk Parlimen Arau di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Robiah Lazim berkata kebanyakan petani mengusahakan sawah padi sebagai mata pencarian utama dan tidak melakukan sebarang usaha untuk menambah pendapatan sampingan.

Katanya, kelapa matag mampu menghasilkan buah sebanyak 25,000 biji bagi setiap hektar setahun.

”Pokok kelapa matag ini sekiranya diusahakan dengan baik mengikut kaedah yang betul ia mampu mendatangkan hasil selepas tiga tahun ditanam,” katanya. – BERNAMA

Tags: kelapa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

13/10/2024
0

KOTA BHARU - Polis menumpaskan kegiatan penyeludupan sebanyak 41,000 kilogram (kg) kelapa yang dianggarkan bernilai RM205,000 selepas menahan sebuah treler...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd