• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyebar Berita Palsu Pasti Kena Hukuman Setimpal

oleh Ahmad Albab
04/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUTAN MELINTANG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pembuat dan penyebar berita palsu bahawa mereka tidak akan terlepas daripada hukuman yang setimpal dengan perbuatan itu.

Beliau berkata penyebaran berita palsu dilihat semakin meningkat terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi meracuni pemikiran rakyat.

“Berita palsu dicipta untuk pengaruhi rakyat dan memburukkan keadaan dengan seolah-olah dirinya (penyebar berita) seronok apabila berita itu tular dan banyak (orang) ‘like’.

“Tunggu harga yang sepatutnya anda bayar kalau berani buat berita palsu. Tunggu tindakan yang akan dilakukan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Teluk Buluh, Kampung Selekoh dan Pekan Bagan Datuk di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang Menteri Dalam Negeri berkata setiap individu perlu mempunyai nilai etika tinggi bagi mengelak terjebak dalam perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

“Kita perlu mempunyai ketertiban dalam menghormati orang lain, cerita yang benar sahaja. Maka itu, barulah (wujud) sebuah masyarakat yang penuh bertamadun dan beragama,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk berkata pembinaan PP1M membolehkan penduduk luar bandar mengakses internet serta menikmati kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) setanding dengan kawasan bandar.

Beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam memastikan jurang digital masyarakat luar bandar dan kawasan bandar dapat dikurangkan menerusi pelbagai usaha termasuk pelaburan yang tinggi bagi memastikan kemudahan ICT dapat dipertingkatkan.

Sehingga kini, sebanyak 851 PP1M beroperasi di seluruh negara dengan 67 daripadanya di Perak. – BERNAMA

Tags: berita palsuDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd