• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggiat Seni Ucap Takziah Pemergian Azmil Mustapha

oleh
16/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNIA seni tanah air hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelakon, Azmil Mustapha yang dilaporkan meninggal dunia pada jam 1 petang sebentar tadi.

Berita mengenai pemergian Allahyarham turut dikongsi oleh para penggiat seni menerusi laman sosial masing-masing.

Pelakon ternama, Fauziah Ahmad Daud menerusi akaun Instagramnya menzahirkan rasa sedih di atas pemergian allahyarham dengan memuat naik status berserta foto memaparkan wajah arwah.

“Dia dah tak ada… Sahabat sudah dipanggil pulang oleh Ya Khaliq… Tergamam mendapat berita ini.

“Azmil… Aku akan merinduimu sebagai seorang abang, rakan lakon dan sahabat dunia dan akhirat… Aku mendoakan kau ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman dan disayangi Allah… Aamiin.. Al-Fatihah buat Tuan Haji Azmil Mustapha,” tulisnya.

Dia Da Takada..Sahabat Ku Da Dipanggil Pulang Olih Ya Khaliq.. Tergamam Mendapat Berita Ini.. Azmil..Aku Akan Merindui Mu Sbg Seorang Abang, Rakan Lakon Dan Sahabat Dunia Dan Akhirat.. Aku Mendoakan Kau Ditempatkan Didalam Golongan Org2 Yg Yg Beriman Dan Disayangi Allah..Aamiin Al Fatihah Buat Tn Hj Azmil Mustapha

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on Feb 13, 2018 at 10:28pm PST

Selain itu pelakon, Linda Rafar yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Elite turut tidak terkecuali meluahkan rasa sedih berikutan berita pemergian allahyarham.

“Al-fatihah… Dari dia kita datang dan kepadanya kita dikembalikan… Mari kita sama-sama mendoakan rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman… Amiin🙏🏻 #AzmilMustapha #lagenda #dukacita #duniasementaraakhiratselamanya,” ujar Linda.

Al-fatihah.. Dari dia kita datang dan kepadanya kita di kembalikan..mari kita sama2 doakan rohnyaa Ditempatkan bersama-sama org beriman..Amiin🙏🏻 #AzmilMustapha #lagenda #dukacita #duniasementaraakhiratselamanya

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on Feb 14, 2018 at 1:44am PST

Dalam pada itu, pelantun lagu Sejati iaitu Faizal Tahir juga tidak ketinggalan menyampaikan ucapan takziah selain mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Semoga diampunkan segala dosa dan diterima segala amalan. Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah di Jannatul Firdaus. Aamiin,” tulis Faizal menerusi entri di Instagram miliknya pada Rabu.

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga diampunkan segala dosa dan diterima segala amalan. Moga arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman dan dikasihi Allah di jannatul firdaus. Aamiin. #Repost @501awani ・・・ [AL-FATIHAH]: Bintang era 80-an, Azmil Mustapha, meninggal dunia akibat sakit jantung pada usia 65 tahun di Shah Alam pada jam 1 petang tadi. Layari www.astroawani.com untuk laporan lanjut dan tonton saluran 501 untuk liputan berita komprehensif. #AstroAWANI #501AWANI #AzmilMustapha

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir) on Feb 13, 2018 at 10:47pm PST

Baca: Pelakon 80-an Azmil Mustapha Meninggal Dunia

Sebelum ini, pelakon yang terkenal menerusi menerusi filem, Ali Setan itu difahamkan meninggal dunia dalam tidur di kediaman keluarganya yang berlokasi di Seksyen 9, Shah Alam, pada usia 65 tahun.

Memetik sumber, allahyarham sebelum ini beberapa kali telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Azmil MustaphaFaizal TahirLinda RafarNetizennetizen bawangOgy Ahmad Daud
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penduduk Pandan Tak Kisah Rafizi Tak Buat Kerja?

Next Post

2 Beradik Dera Pembantu Rumah Disambung Reman

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

2 Beradik Dera Pembantu Rumah Disambung Reman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd