Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

Kebocoran Maklumat, Ops BAH...

KUALA LUMPUR - Sebanyak empat premis urut di Metro Perdana, Kepong diserbu dalam Operasi...

NCER Dijangka Meningkat RM300...

PANGKOR - Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menyasarkan ekonomi Wilayah Ekonomi Koridor...

VIDEO: Hati-Hati, Banjir Kilat...

Boleh dikatakan hari ini, rata-rata kawasan Lembah Klang dilimpahi hujan lebat.Akibatnya berlaku banjir...

LTAT Benarkan Pencarum Keluarkan...

KUALA LUMPUR - Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini boleh mengeluarkan caruman...

Penggiat Seni Ucap Takziah Pemergian Azmil Mustapha

DUNIA seni tanah air hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelakon, Azmil Mustapha yang dilaporkan meninggal dunia pada jam 1 petang sebentar tadi.

Berita mengenai pemergian Allahyarham turut dikongsi oleh para penggiat seni menerusi laman sosial masing-masing.

Pelakon ternama, Fauziah Ahmad Daud menerusi akaun Instagramnya menzahirkan rasa sedih di atas pemergian allahyarham dengan memuat naik status berserta foto memaparkan wajah arwah.

“Dia dah tak ada… Sahabat sudah dipanggil pulang oleh Ya Khaliq… Tergamam mendapat berita ini.

“Azmil… Aku akan merinduimu sebagai seorang abang, rakan lakon dan sahabat dunia dan akhirat… Aku mendoakan kau ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman dan disayangi Allah… Aamiin.. Al-Fatihah buat Tuan Haji Azmil Mustapha,” tulisnya.

Selain itu pelakon, Linda Rafar yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Elite turut tidak terkecuali meluahkan rasa sedih berikutan berita pemergian allahyarham.

“Al-fatihah… Dari dia kita datang dan kepadanya kita dikembalikan… Mari kita sama-sama mendoakan rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman… Amiin🙏🏻 #AzmilMustapha #lagenda #dukacita #duniasementaraakhiratselamanya,” ujar Linda.


Dalam pada itu, pelantun lagu Sejati iaitu Faizal Tahir juga tidak ketinggalan menyampaikan ucapan takziah selain mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Semoga diampunkan segala dosa dan diterima segala amalan. Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah di Jannatul Firdaus. Aamiin,” tulis Faizal menerusi entri di Instagram miliknya pada Rabu.

Baca: Pelakon 80-an Azmil Mustapha Meninggal Dunia

Sebelum ini, pelakon yang terkenal menerusi menerusi filem, Ali Setan itu difahamkan meninggal dunia dalam tidur di kediaman keluarganya yang berlokasi di Seksyen 9, Shah Alam, pada usia 65 tahun.

Memetik sumber, allahyarham sebelum ini beberapa kali telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori