• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Didakwa Khianat, Cederakan Rakan Sekerja

oleh AK-47
16/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan khianat dan mendatangkan kecederaan dengan menampar muka rakan sekerjanya, bulan lepas.

Fazil Ramli, 31, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan khianat terhadap Janwira Zainuddin, 23, dengan membaling sudu makan yang menyebabkan skrin telefon bimbit mangsa pecah dan menghempas topi keledar hingga pecah cermin penutup muka.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di JPS Benteng B10, Jalan 1/40, Taman Pusat Kepong di sini pada 8.30 pagi, 23 Januari lepas, mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Fazil turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Janwira dengan menampar muka mangsa sebanyak dua kali di tempat, masa dan tarikh sama,

Pendakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin tidak menawarkan jaminan bagi pertuduhan pertama bagaimanapun bagi pertuduhan kedua RM3,000.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Mac ini untuk sebutan semula. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa golongan majoriti rakyat negara ini bangkit menyelamatkan Malaysia daripada kelompok kecil yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd