• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Rumah Didera Bekerja Sejak 2014

oleh AK-47
12/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Pembantu rumah warga Indonesia yang mati dipercayai akibat didera majikannya di Taman Kota Permai 2, di sini semalam, telah bekerja dengan keluarga itu sejak 2014 menerusi sebuah agensi pekerja asing di Pulau Pinang.

Wakil Konsulat Indonesia di Pulau Pinang, Neni Kurniati berkata Adelina Lisio, 28, tidak pernah membuat aduan kepada pihak konsulat berhubung majikannya sepanjang bekerja di situ dan pembantu rumah berkenaan sebelum ini pernah bekerja dengan majikan lain.

“Kami memandang serius kejadian dera yang dialami mangsa dan berharap pembelaan sewajarnya ke atas Adelina. Pihak konsulat juga akan memberi kerjasama penuh kepada polis dan pihak berkuasa di Malaysia bagi membantu kes itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini hari ini.

Adelina yang mengalami kecederaan parah termasuk luka dan lebam di badan, mati ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam pada pukul 4.45 petang semalam dan mayatnya dihantar ke HSJ untuk bedah siasat.

Wanita itu ditemui kira-kira 8 malam Sabtu selepas polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada seorang lelaki yang juga pembantu kepada Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Lim dan ekoran itu polis menahan seorang lelaki dan adik perempuannya berusia 36 dan 39 tahun yang merupakan majikan mangsa bagi membantu siasatan.

Neni Kurniati berkata keluarga Adelina yang tinggal di Nusa Tenggara, Kalimantan di Indonesia belum mengetahui kejadian yang menimpa wanita berkenaan kerana pihaknya gagal menghubungi mereka.

“Wakil kami telah pergi ke alamat yang terdapat pada pasport wanita itu namun gagal menemui keluarganya dan usaha mengesan mereka masih dijalankan.

“Urusan membawa pulang jasad mendiang akan dibuat selepas semua proses bedah siasat oleh hospital dan siasatan yang dijalankan polis selesai. Kami harap ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kucing Bijak Bantu Orang Sesat Keluar Hutan

Next Post

Maraton Perlis 2018 Sasar 15,000 Penyertaan

Related Posts

Ibu Pemandu Honda Jazz Langgar Mati 3 Remaja Kemuka Representasi

Ibu Pemandu Honda Jazz Langgar Mati 3 Remaja Kemuka Representasi

16/05/2025
0

SEREMBAN: Ibu kepada pemandu kereta Honda Jazz yang menyebabkan tiga remaja maut pada Mac lalu akan mengemukakan representasi kepada Jabatan...

Nahas FRU: Pemandu Lori Didakwa 9 Pertuduhan Pandu Berbahaya

Nahas FRU: Pemandu Lori Didakwa 9 Pertuduhan Pandu Berbahaya

16/05/2025
0

TELUK INTAN: Pemandu lori membawa muatan batu yang terbabit kemalangan tragis sehingga meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU)...

Next Post

Maraton Perlis 2018 Sasar 15,000 Penyertaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd